“Rumahtangga bahagia adalah pilihan kita ia bukannya datang begitu sahaja. Mohon pada Allah dan pilih cara bahagia yang terbaik.
Bukan hanya melihat pada harta yang kita ada namun ianya lebih kepada bagaimana sikap kita terhadap apa yang kita miliki itu.
Rumah, kereta atau pangkat itu bukan menggambarkan kebahagiaan, tetapi sikap kita itu sendiri. Rumah walaupun sekecil mana pon jika kita bersyukur maka itulah asas kebahagian kita.
FORMULA 3K RUMAHTANGGA BAHAGIA
Jom kita tengok bagaimana Rasulullah SAW mengajar kita teknik untuk bahagia dan sentiasa segar kasih sayang dalam rumahtangga.
1. Komunikasi
Komunikasi adalah nyawa dalam satu- satu perhubungan.
Tip Komunikasi:
✅ Dengar. Jadi pendengar yang baik (active listener)
✅ Akui. (Acknowledge) perasaan orang yang menyampaikan contohnya suami cakap beliau letih setelah pulang bekerja (faham apa yang pasangan rasa)
✅ Faham. Ulang semula apa yang disampaikan untuk menunjukkan kita betul betul faham apa yang hendak suami sampaikan.
✅Puji. Akhiri dengan pujian kerana keletihan suami keluar mencari rezeki demi keluarga.
2. Kasih Sayang
Untuk rasa dicintai, kita mesti mula mencintai dahulu. Tunjukkan rasa kasih sayang dengan tindakan. Bukan hanya sekadar kata kata.
Utamakan kasih sayang kepada keluarga dahulu bukan orang luar. Kualitikan dan hargai masa yang ada ketika bersama.
3. Keberkatan
Rumahtangga yang berkat adalah rumahtangga yang di dalamnya dipenuhi kasih sayang.
Bangunkan budaya berjemaah yang meliputi keseluruhan aktiviti keluarga itu contohnya solat, makan, mengaji, riadah, majlis ilmu dan sebagainya.
Setiap kecukupan adalah bermula dengan kesyukuran. In shaa Allah.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial ?
Wallahua’lam
Lahawlawala Quwwataillabillah.
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim