5 Faktor Bina Kejayaan

Mudahnya nak bina kejayaan.

Jom ketahui apakah 5 perkara yang membuatkan kehidupan kita berubah menjadi lebih baik dengan meneliti perkongsian artikel di bawah. In shaa Allah.

 

Praktiskan 5 Faktor Bina Kejayaan

 

 

1. Hala Tuju Dan Matlamat Yang Jelas

 

Rangka peta minda:

Siapa kita?

Apakah yang kita mahu?

Apakah minat kita?

Dan apakah tujuan hidup kita?

 

Sekiranya masih tiada jawapan semua persoalan diatas makanya agak kabur dan keliru untuk bergerak maju untuk mengatasi halangan-halangan.

 

Dengan menetapkan matlamat yang jelas akan membantu untuk bergerak dengan lebih mudah dan maju.

 

 

2. Sediakan Strategi Atau Sistem

 

Rangka pelan tindakan:

Perancangan 30 hari

Perancangan 90 hari

Pelan tindakan untuk 12 bulan atau setahun.

 

Dengan adanya pelan perancangan lebih jelas apa keperluan yang wajar dilaksanana. Mengikut hari minggu bulan. Seterusnya untuk mencapai apa yang diimpikan.

 

 

3. Kemahiran Diri (Personal Development)

 

Kita sentiasa mahukan yang lebih baik dari sebelumnya. Contohnya, nak pakai telefon bimbit yang lebih canggih mengikut arus semasa.

 

Tetapi, berapa ramai yang bersedia untuk menambah kemahiran membolehkan capai apa yang kita mahukan dalam hidup.

 

Ketika menghadapi cabaran, lebih- lebih lagi dalam situasi sekarang. Sangat baik mencari cara untuk mengembangkan pengetahuan dan kemahiran.

 

Jadi lebih baik 2% setiap hari.

 

Contoh kemahiran yang boleh ditingkatkan:

  • Kemahiran Pemasaran Sosial Media.
  • Kemahiran Jualan dan pemasaran online.
  • Pengucapan Awam.

 

Tanpa penguasaan contoh- contoh kemahiran yang dinyatakan ini, laluan menuju ke matlamat menjadi lebih sukar dan mengambil masa yang agak lama untuk dicapai.

 

 

4. Sokongan Positif

 

Bergaul dengan orang sekeliling yang memberi anda pengaruh menjadikan kita luar biasa.

 

Sekiranya kita dikelilingi dengan orang yang negatif, yang sentiasa menjatuhkan, lama-kelamaan mereka akan membawa pergi impian dan cita cita kita.

 

Dengan siapa kita bergaul, akan memberi impak.

 

Sokongan persekitaran yang positif penting membolehkan kita sentiasa terangsang untuk melakukan yang terbaik.

 

 

5. Bina Mindset Sukses

 

Erti kata lain adalah pemikiran dan sikap sendiri.

 

Sekiranya kita memiliki mindset yang terhad, makanya pendapatan dan peluang yang dapat juga akan terhad.

 

Macam mana nak ubah dan berjaya dalam kehidupan?

 

1.Change your self

Filter apa yang kita baca, dengar dan lihat.

 

2.Change your routine

Ubah tabiat yang menghalang dari berjaya.

 

3.Change your circle

Berada di dalam kumpulan yang positif dan saling menyokong.

 

 

 

Dan sebenarnya. Bila hidup kita bermatlamat dan ada halatuju. Secara tidak langsung akan meningkatkan pengeluaran hormon dopamine. Salah satu hormon kegembiraan.

 

Hidup pun akan jadi lebih happy.

 

Jom kita banyakkan berdoa. Apa- apa pun niatkan untuk menjadi lebih baik kerana Allah menjadi Khalifah yang cemerlang.

 

Ya Allah Ya Nur Ya Haadi Ya Haq. Bantulah dalam setiap urusan kami agar sentiasa di bawah bimbingan dan diberkati.

Aamiin

 

Wallahua’alam

Lahaulawala quwwata illa billah

 

Ingin tahu rahsia bagaimana untuk bina dan capai impian yang lebih holistik?

 

Jom sertai Webinar Vision Board Holistik Edisi 2022!

 

Klik link ini untuk daftar sekarang: https://drazurahashim.com/vbh/

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart