5 Strategi Untuk Kekal Bertenang

Bertenang ialah keadaan yang tenteram dan damai. Kebiasaannya kita akan rasai ketenangan apabila dalam keadaan relaksasi.

 

Selain itu, ketenangan juga mendidik kita untuk jadi lebih prihatin dengan keadaan sekeliling serta menjadi seorang yang penyabar dalam apa jua cabaran dan kesukaran yang dihadapi.

 

“You will find peace not by trying to escape your problems but confronting them courageously. You will find peace not in denial, but in victory.”

—J. Donald Walters.

 

 

5 Strategi Untuk Bertenang

 

 

1. Tulis Jurnal

 

Dengan menulis di jurnal, kita dapat mengeluarkan atau dalam erti kata lain meluahkan apa yang terbuku didalam minda dan hati kita keatas kertas.

 

Kita dapat meneroka dan memahami pemikiran dan perasaan kita. Selain itu, meringankan rasa beban di dada dan bertenang.

 

2. Regangkan Badan

 

Melakukan regangan badan dapat bantu kita untuk fokus pada masa sekarang. Tambahan pula, pergerakan dari regangan badan dapat menstabilkan hormon dan emosi kita.

 

Justeru, kita dapat merasai ketenangan selepas meregangkan badan.

 

3. Keluar Ambil Angin

 

Kita sebagai manusia digalakkan untuk lakukan aktiviti diluar rumah seperti beriadah, makan di luar, bersiar-siar ataupun, hanya duduk di tepi jendela yang terbuka luas dan hirup serta rasai udara segar.

 

Dengan cara ini kita dapat menenangkan diri dan melapangkan minda daripada tekanan.

 

4. “Switch Off”

 

Mengaktifkan “Do Not Disturb” untuk mode senyap dan elakkan dari sebarang gangguan dari notifikasi telefon bimbit.

 

Selain itu, ianya memberikan kita ruang untuk fokus dan konsentrasi kepada sesuatu tugasan.

 

Kawalan terhadap penggunaan telefon terutamanya melayari sosial media, dapat bantu beri kita rasa tenang dan bebas dari memikirkan perkara yang boleh menyebabkan kita rasa terganggu.

 

5. Spray Bauan Wangi

 

Bauan wangi yang kita hidu membuatkan minda dalam situasi “alert” atau maksudnya dalam keadaan sedar dengan sekeliling kita.

 

Selain itu, ianya buat kita Kembali kepada reality dan menjauhkan diri kita dari corak pemikiran negatif.

 

Oleh sebab itu, pengunaan wangian amat penting untuk merangsang deria bau kita. Bau yang wangi memberi ketenangan dan rasa kedamaian dalam jiwa kita.

 

“Memories, imagination, old sentiments and associations are more readily reached through the sense of smell than through any other channel.”

–Oliver Wendell Holmes.

 

strategi kekal bertenang
strategi kekal bertenang- Dr Azura Hashim

 

Ketenangan merupakan suatu anugerah yang diberikan oleh Tuhan. Dengan ketenangan kita dapat latih minda untuk buat sesuatu keputusan dalam keadaan rasional.

 

“The mind is like water. When it’s turbulent, it’s difficult to see. When it’s calm, everything becomes clear.”

—Prasad Mahes

 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
 
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart