Senang Dengan Diri Sendiri

rasa senang dengan diri sendiri

وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

(Ali Imran 3:139)

Percaya dan yakin terhadap diri sendiri menunjukkan bahawa seseorang itu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan juga percaya dengan segala kekuasaan Allah. Oleh itu, seharusnya kita perlu yakin dan mempunyai jati diri yang tetap untuk terus berusaha menjadi yang lebih baik dari semalam.

 

Maka, di sini kami berkongsi tentang sebab-sebab kenapa anda harus “feel good” dengan diri anda sendiri.

 

6 Sebab Kenapa Anda Harus ‘Feel Good’ Dengan Diri Sendiri

 

 

  1. Anda telah meningkat dan bertambah baik. Cuba bandingkan diri anda 5 tahun yang lepas dengan diri anda yang sekarang. Ada banyak perubahan. Anda bukan lagi individu yang sama. Sudah banyak yang anda pelajari sepanjang tempoh masa tersebut. Dan anda telah berubah menjadi lebih baik.

 

  1. Anda tahu anda bukanlah sempurna dan anda menyedari kekurangan anda. Namun anda tetap ingin menjadi orang yang lebih baik daripada yang sebelumnya kerana anda yakin ianya tidak mustahil untuk berubah.

 

  1. Anda mempunyai keunikkan tersendiri, kebolehan dan potensi bakat yang Allah sudah kurniakan buat diri anda. Ini adalah kekuatan anda.

 

 

  1. Anda mempunyai impian dan cita-cita yang menjadikan kehidupan anda lebih bermakna. Anda merasa anda mempunyai sesuatu yang perlu dikerjakan, dan itu membuatkan anda sibuk. Dengan itu, ia sedikit sebanyak dapat menjauhkan anda daripada terganggu dengan kesakitan dan kepayahan yang mungkin anda sedang lalui dalam hidup anda.

 

  1. Anda mempunyai idea dan visi yang jelas tentang apa yang dimahukan untuk masa akan datang. Justeru itu, anda juga tahu ke mana hala tuju yang anda mahu dalam hidup anda.

 

  1. Anda mempunyai hati yang baik. Malahan, anda mempunyai sikap yang empati terhadap orang disekeliling anda dan anda cuba sedaya upaya untuk memahami mereka.

 

 

InshaaAllah…Segala perkongsian ini dapat kita hadamkan dan manfaatkan bersama-sama dengan izin Allah jua.

Kerana Allah Ya ‘Alim jua yang memberikan kefahaman itu kepada kita semua.

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial

Wallahu’alam

Lahawlawala quwwata illa billah.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart