Disiplin diri adalah kemampuan untuk mengikuti peraturan yang dikenakan secara peribadi dengan ketertiban dan konsistensi.
Pernahkah kita buat satu perancangan, namun gagal mengikutinya?
Ataupun kita pernah mula dengan satu matlamat dan berputus asa kemudian hari?
Ya, sudah tentu kita pernah mengalaminya. Terdapat dua sebab kenapa kita tidak mampu berdisiplin dengan matlamat yang ingin cuba capaikan.
Iaitu matlamat kita mungkin tidak sebab yang kukuh dan jelas serta mempunyai keyakinan diri yang rendah. Dua punca ini akan menyebabkan kita rasa sukar untuk kekal berdisiplin.
Oleh itu, disini terdapat beberapa tips yang boleh kita kita gunakan dalam membentuk disiplin diri.
4 Tips Untuk Bina Disiplin Diri
1. Mula dari perkara kecil (Start Small)
Sekiranya kita ingin bermula dengan suatu perkara yang belum pernah kita cuba, jangan mulakan dengan drastik.
Semakin cepat perubahan itu, semakin sukar fikiran dan badan kita untuk menerimanya.
Oleh itu, laksanakan sesuatu perkara dalam skala kecil, tujuannya adalah untuk bantu memahami sesuatu perkara dan juga beri peluang untuk merasai pengalaman pertama secara realiti yang membantu kita seronok melakukannya.
“If you cannot do great things, do small things in a great way.”
– Napoleon Hill
2. Mulakan sekarang (Start Now)
Kebanyakan orang sering berikrar bahawa mereka akan mengejar impian dan matlamat mereka pada tahun baru.
Namun begitu, hanya sebilangan sahaja iaitu 1:10 yang dapat mengapai impian mereka yang ditetapkan pada tahun baru.
Dengan meletakkan tarikh untuk mula melaksanakan impian kita atau untuk berubah akan memberi tekanan kepada kita. Oleh itu, sebaiknya anda laksanakan terus misi kita tanpa bertangguh.
“You miss 100% of the shots you don’t take.”
– Wayne Gretzky
3. Track progress
Tujuan untuk menjejak apa yang telah dilakukan adalah untuk memastikan kita tidak kaku dan kekal di tempat yang sama sahaja. Selain itu, ianya untuk memastikan serta mengingatkan kita berada di perjalanan yang betul.
Di samping itu, ianya memberi motivasi kepada diri kita untuk kekalkan momentum dalam usaha mencapai impian tersebut.
“No matter how many mistakes you make or how slow you progress, you are still way ahead of everyone who is not trying.”
—Tony Robbins
4. 2-Minute Rule
Peraturan 2 minit membantu kita menjadi lebih peka dengan tindakan kecil yang kita lakukan.
Peraturan ini memerlukan kita untuk berhenti sejenak dan menilai situasi dan tindakan kita ketika itu. Adakah kita lakukan perkara yang betul?
Sebagai contoh, apabila kita ingin menangguhkan tindakan kecil yang boleh ke arah matlamat jangka panjang, fikirkan bagaimana kehidupan kita jika mencapai sasaran.
Dengan cara ini, kita dapat melatih otak untuk buat keputusan dengan baik dan lakukan sesuatu dengan segera tanpa bertangguh.
“If it can be done in less than 2 minutes, do it now.”
Lebih berdisplin untuk lebih bersedia mencapai matlamat
Kita semua mempunyai cita-cita serta matlamat tersendiri, dan sudah tentu bersedia untuk capainya. Kita mempunyai pilihan bagaimana untuk laksanakannya.
Oleh itu, pilih satu strategi yang sesuai dengan kita. Satu perubahan untuk terus maju. Kita mempunyai kekuatan untuk lebih berdisiplin. Kita semua mampu lakukannya.
“Discipline is built by consistently performing small acts of courage.”
—Robin Sharma.
If you are persistent, you will get it. If you are consistent, you will keep it.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah