Peraturan dalam kehidupan berfungsi sebagai medium pengimbang dalam tindakan seharian kita.
Kehidupan ini bagai air di lautan, kadang tenang diayun ombak, kadang bergelora ketika badai melanda.
“Life isn’t about finding yourself. Life is about creating yourself.”
– George Bernard Shaw
6 Rules Of Life
1. Lepaskan
Pertama, jangan musnahkan hari yang indah dengan memikirkan semalam. Lepaskan segala perkara negatif dan cipta memori baru untuk hari ini.
2. Abaikan
Abaikan apa yang diperkatakan orang lain andai ia membawa keburukan pada kita. Jalani hidup kita sesuai dengan kehendak yang diimpikan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.
3. Berikan Masa
Time heals EVERYTHING.
Ketahuilah bahawa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.
Rancanglah perjalanan hidup sebaiknya, InshaAllah jika ia elok untukmu maka Allah akan mudahkan.
4. Jangan Membandingkan
Orang yang patut kita lawan dan tumpukan perhatian adalah diri kita pada hari semalam.
Ambil pengajaran dan iktibar atas apa yang berlaku semalam dan jadikan hari ini lebih baik. In shaa Allah.
5. Kawal Kehidupan Sendiri
Hanya kita yang bertanggungjawab terhadap kebahagiaan kita sendiri.
“Bukan BAHAGIA yang menjadikan Kita BERSYUKUR, tetapi dengan BERSYUKUR akan menjadikan hidup kita BAHAGIA”.
6. Senyum
Hidup ini singkat, nikmati ia selagi kita hidup dengan perkara yang mendatangkan keredhaan Allah swt.
Seberat mana pun hidup, tersenyumlah. Kerana senyum adalah sebaik-baik rasa syukur.
“Kehidupan itu cuma dua hari. Satu hari untukmu dan satu hari melawanmu. Maka pada saat ia untukmu, jangan bangga dan gegabah; dan pada saat ia melawanmu bersabarlah. Karena keduanya adalah ujian bagimu.”
– Ali bin Abi Thalib
Oleh itu, marilah kita memastikan peraturan dalam kehidupan kita dijadikan sebagai batu lonjatan untuk lebh bahagia dan berjaya.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah