Kuat Hadapi Kehidupan

kuat dalam kehidupan

Kuat hadapi kehidupan.
 
Kehidupan ini penuh dengan ujian.
 
Kita tidak terlepas dengan ujian.
 
Seluruh umat manusia perlu hadapi ujian yang berbeza setiap hari
 
Kematian, kegagalan, dan sebagainya adalah ujian.
 
Tetapi perlu ingat, ujian datang dari Allah Ya ‘Alim yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
 
 

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Surah Al Baqarah , ayat 286)

 
 
Jadi anda harus yakin dengan diri sendiri dan kuat dalam mengharungi ujian-ujian tersebut. In shaa Allah.
 
 

3 FORMULA UNTUK KUAT HADAPI KEHIDUPAN

 
 
1. Terima segalanya dengan hati terbuka.
 
Seburuk mana pon situasi yang berlaku dalam kehidupan kita, redha dan yakinlah dengan takdir yang Allah telah tetapkan.
 
 
2. Belajar mengawal emosi sendiri.
 
Kadangkala ada satu ketika kita tak dapat mengawal emosi diri. Kawal emosi diri kerana orang yang kuat tidak tunduk kepada emosi.
 
 
Jangan mudah marah dan mengeluh kerana ianya akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan mental pula. Yakinlah bahawa setiap ujian pasti ada jalan keluarnya.
 
 
3. Redha dengan segala ketentuan.
 
Segala ketentuan telah ditakdirkan Allah SWT, maka kita sebagai hambanya harus redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan. Inshaa Allah segala urusan kita akan dipermudahkan.
 
 

 
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤
 
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart