Katakan Tidak

katakan tidak

Katakan tidak!

Katakan tidak kepada permintaan yang tidak kita inginkan.

Pernahkah anda pernah mengalami kesukaran untuk mengatakan tidak kepada orang lain?

Pasti ramai antara kita yang pernah terpaksa bersetuju dan mengiyakan setiap permintaan atau pendapat orang lain walaupun bertentangan dengan hati sendiri kerana dek bimbang dilabel sebagai pentingkan diri sendiri, serta takut tidak disukai, dikritik, atau merosakkan hubungan sosial.

Tidak mengapa untuk mengatakan ya dan membantu orang lain. Namun, ada kalanya kita perlu mengutamakan keperluan dan belajar untuk berkata tidak.

Menurut pakar, kebolehan berkata tidak berkaitan dengan keyakinan diri.

Orang yang mempunyai tahap keyakinan diri dan harga diri yang rendah lebih cenderung untuk bimbang tentang mengecewakan orang lain.

Akibatnya, mereka cenderung untuk mengutamakan keperluan orang lain daripada keperluan mereka sendiri yang akhirnya memakan diri.

Oleh itu, belajarlah untuk mengatakan tidak kerana ia adalah baik untuk kesihatan mental dan boleh meningkatkan keyakinan diri serta maruah diri kita.

Tidak mengapa untuk mengatakan tidak kerana terdapat banyak sebab untuk mengatakan “tidak” dari semasa ke semasa, terutamanya demi kesejahteraan diri kita sendiri.

5 CARA UNTUK MENGATAKAN TIDAK

1. Tidak! terima kasih
2. Mungkin lain kali
3. Saya takut saya tak boleh
4. Saya tidak boleh tetapi terima kasih atas tawaran itu
5. Maaf saya tidak dapat membantu

 

 

Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah

Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Salam Sayang,
Dr Azura Hashim

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart