Jaga Emosi Anda

jaga emosi anda

Jaga emosi anda.

Ada orang mudah sangat nak marah.

Ada orang sensitif sangat pula.

Ada pula yang macam tak ada perasaan bila kita bercakap.?

Anda macam mana?

Emosi ini kadang kita tidak boleh nak jangka tapi apa yang boleh dibuat adalah mengawal emosi itu.

Marah, sedih dan kecil hati itu adalah lumrah perasaan bagi seorang manusia. Namun kita jugalah yang boleh mengawalnya supaya tidak terbawa kearah negatif.

Apabila emosi tidak terkawal kebarangkalian untuk mendapat penyakit mental itu tinggi.

Petikan daripada Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar melanda masyarakat di negara ini selepas penyakit jantung.

Apa manfaat kalau kita menjaga emosi?

4 KESAN APABILA ANDA MENJAGA EMOSI ANDA

 

1. Hati lebih tenang

Emosi yang stabil dapat membuat hati lebih tenang dan tenteram.

2. Orang sekeliling selesa berkawan dengan anda

Apabila emosi dapat dikawal, anda akan menjadi penyebar aura postif dan menarik orang sekeliling berkawan dengan anda.

3. Keyakinan diri bertambah

Emosi seperti sedih dan marah akan menyebabkan hidup menjadi kelam-kabut dan mengurangkan keyakinan diri di khalayak ramai.

4. Awet muda

No. 4 mesti ramai suka kan? Tak perlu ambil ubat supaya kelihatan muda, cukup jaga emosi supaya wajah kelihatan bahagia dan ceria. In shaa Allah

kesan jaga emosi anda

Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah

Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart