Pasangan mana mahu hubungan yang dibina berakhir dengan perpisahan, bukan? Tetapi ada juga yang sanggup terus bertahan meskipun sedar ikatan itu tidak sihat atau pun ‘toxic relationship’.
Berikut adalah tanda-tanda hubungan anda berada dalam fasa ‘toxic relationship’.
TANDA HUBUNGAN TOKSIK
1. KASAR TERHADAP PASANGAN
Jika pasangan anda mula bersikap kasar sama ada dari segi fizikal atau mental, ia menandakan hubungan anda sudah tidak sihat.
Paling jelas, punca kemarahan pasangan juga disebabkan perkara kecil sehingga boleh menyebabkan pergaduhan besar.
2. CEMBURU BUTA
Orang kata, cemburu tanda sayang tetapi jika sudah keterlaluan dan tidak bertempat, ia akan memberi kesan buruk dalam sesuatu hubungan.
Sebagai contoh, pasangan akan mula menunjukkan sikap negatif, rasa curiga, terancam, hilang kepercayaan yang boleh membuatkan anda tawar hati dengan pasangan.
3. DIKONGKONG
Tidak salah mengambil berat perihal suami atau isteri anda tentang aktiviti harian bagi membolehkan anda memahami dengan lebih baik kehidupan pasangan.
Tapi sekiranya sampai perkara tidak penting perlu dijelaskan dengan terperinci serta mengawal semua aktiviti anda, ia memberi petanda buruk kepada hubungan anda.
4. KOMUNIKASI
Jika pasangan mula menolak untuk berkomunikasi ketika berdepan dengan masalah, ia petanda hubungan anda dalam fasa bahaya.
Pendapat anda sebagai suami atau isteri tidak lagi relevan kepadanya. Si dia sering merasakan pendapat dan keputusannya yang paling tepat dan jika dibantah, pergaduhan besar akan tercetus.
5. MENGHINA
Jika pasangan mula mengeluarkan kata-kata menghina atau merendah-rendahkan anda, ia menunjukkan si dia tidak lagi ada perasaan hormat kepada anda.
Setiap kata-katanya pasti akan mengguris perasaan anda dan golongan ini egonya tinggi, sukar diubah sekiranya tiada lagi rasa cinta dalam diri mereka.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial