Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini.
8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi
1. Kawal Kemarahan
Memang diakui, bukan mudah untuk kita mengawal perasaan marah atau panas baran ini kerana ia ‘hadir’ tanpa dijangka.
Gagal mengawal kemarahan boleh memakan diri dan boleh membawa banyak perkara negatif, seperti menjejaskan imej sendiri dan hubungan anda dengan orang lain.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)
2. Atasi keinginan untuk menunda-nunda
“Continuous improvement is better than delayed perfection.” – Mark Twain
Bina semangat dan keinginan yang penting untuk mencapai kejayaan. Dengan itu akan mengelakkan kita dari menunda perkara tersebut inshaaAllah.
3. Luangkan masa dengan aktiviti berfaedah
Cara ini boleh meningkatkan produktiviti seharian kita. asa tidak sepatutnya terbuang begitu sahaja kerana masa yang terbuang tidak mungkin boleh diulang. Ia sepatutnya terisi dengan aktiviti yang berfaedah.
“Don’t spend time beating on a wall, hoping to transform it into a door. ” – Coco Chanel
4. Belajar untuk menjadi lebih bertimbang rasa
Elakkan dari memendam rasa. Kita hendaklah belajar untuk memahami pendapat yang berbeza dan penting bagi kita untuk mengamalkan sikap ini. Ia juga membantu dengan memberi ganjaran kepada kita untuk perbuatan kebaikan.
“Sesungguhnya Allah itu bertimbang rasa dan Dia suka bertimbang rasa dalam semua perkara.” – H.r Al-Bukhari
5. Belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab
Bertanggungjawab bererti kita boleh dipercayai, diharapkan, jujur dan komited. Kita hendaklah menggalas tanggungjawab dan menunaikannya dengan ikhlas.
6. Mengembangkan kemahiran baru dan mempelajari perkara baru
Untuk berjaya dalam kehidupan, amat penting untuk kita jadikan amalan belajar perkara baru sebagai salah satu daripada sasaran tanpa henti kita. Tidak kira sama ada kita telah berjaya atau tidak. Ini dapat membantu kita lebih berpengetahuan.
“Always try something new, who knows you will get aim of your life.” – Manasi Aute
7. Mengubah corak pemikiran
Kita hanya perlu mengubah cara berfikir dan lebih terbuka untuk menerima serta memahami dengan tepat bagaimana kita berfikir sekarang. Kehidupan telah tersedia untuk kita di dunia ini dan semuanya bergantung pada pemikiran kita.
8. Mengamalkan sikap yang lebih positif
Sikap positif mampu menjadikan kita lebih tenang dan menikmati kehidupan yang berkualiti. Ia juga dapat melahirkan aura positif kepada orang sekeliling dan membuatkan kita lebih fokus dalam melaksanakan sesuatu perkara.
“Train your mind to see the good in every situation.”-Kushandwizoom
Jom kita kembangkan peribadi ke arah yang lebih baik inshaaAllah
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah