Bagaimana Nak Kekalkan Aura Positif? Ikuti 6 Tips Ini!

aura positif

Satu perkara yang perlu ada pada sesiapa yang ingin mencapai matlamat atau kejayaan dalam kehidupan adalah aura positif.

 

Ini kerana ia akan menjadi penghalang anda dari berputus asa dan akan mendorong anda untuk meneruskan perjalanan walaupun anda sedang menghadapi pelbagai masalah.

 

Baca 6 tips yang boleh ikuti untuk kekalkan aura positif anda.


6 Tips Kekalkan Aura Positif


1. Tingkatkan Keyakinan Diri

aura positif

Satu perkara yang sudah pasti akan membantu anda untuk selalu positif dalam kehidupan adalah dengan memiliki keyakinan diri yang tinggi.


Ini kerana anda yakin bahawa anda akan mengatasi segala masalah dan dugaan yang anda hadapi. 


Pemikiran seperti ini membolehkan anda untuk berfikir positif dan tahu bahawa semua masalah hanya sementara dan boleh diselesaikan dengan cepat sahaja.


Terdapat pelbagai perkara yang ada boleh melakukan untuk meningkatkan keyakinan diri anda seperti menukar penampilan, selalu menuntut ilmu dan juga keluar dari zon selesa anda.


 2. Jangan Fikir Zaman Silam

Bagi mereka yang telah mengalami kegagalan atau masalah pada masa dahulu, anda perlu mencuba untuk tidak berfikir tentang zaman itu kerana ia boleh memberi kesan yang negatif.


Ia boleh menyebabkan untuk takut mencuba perkara baru atau menghadapi masalah kerana anda risau anda akan mengalami pengalaman yang sama seperti dulu.


Jika anda tidak berfikir tentang zaman silam anda, anda akan lebih bersemangat dan positif kerana ia merupakan ‘fresh start’ kepada anda!

3. Bersenam

aura positif

Bersenam juga merupakan cara yang efektif untuk mengekalkan aura positif anda. 


Ini kerana setiap kali anda bersenam, anda akan mengeluarkan endorfin yang membantu anda untuk mengurangkan stres dan juga menyebabkan anda berasa bahagia.


Ini cara yang sangat mudah kerana anda boleh bersenam di mana-mana asalkan anda mengeluarkan peluh. 


Jika anda baru sahaja bermula untuk bersenam, anda boleh ke Youtube untuk mencari video bersenam yang mengajar anda latihan asa yang anda boleh ikut.


4. Buat Perkara Yang Anda Suka

Tips seterusnya untuk mengelak anda berfikiran negatif adalah membuat perkara yang anda suka. Ini cara yang sangat penting untuk mengelak anda dari gelisah dan berasa stres.


Oleh itu, anda boleh mengambil masa untuk menjaga diri anda dengan membuat perkara yang ada suka seperti hobi anda.


Lepas anda buat seperti ini, anda akan lebih bersemangat untuk membuat kerja atau perkara lain dan akan lebih positif berbanding dengan dulu.

5. Rehat

Ramai orang tidak mengambil masa untuk rehat dan buat kerja sehingga siap. Ini sangat bahaya kerana boleh menyebabkan anda tidak mempunyai motivasi dan membuat anda letih.


Ini boleh menyebabkan aura positif anda hilang dan akan memberi kesan yang negatif kepada orang di sekeliling anda.


Anda boleh rehat 15-30 minit bagi setiap 1-2 jam anda buat kerja supaya masa yang anda ambil adalah seimbang. Ini boleh membantu anda untuk berasa lebih tenang.

6. Berjumpa Dengan Rakan

Bergaul dengan rakan atau ahli keluarga anda juga merupakan cara yang sangat bagus untuk mengekalkan aura anda. 


Ini kerana rakan yang bagus akan menyebabkan anda bahagia dan selalu positif dalam apa-apa yang ada melakukan.


Jika anda susah untuk jumpa, anda boleh menghubungi mereka dengan pelbagai cara seperti Whatsapp, Skype dan sebagainya. 


Mereka boleh membuat anda lupa tentang masalah yang anda menghadapi dan buat anda lebih semangat.


Kelebihan Yang Anda Akan Nikmati

 

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa kelebihan yang anda akan menikmati jika anda mempunyai aura yang positif.


1. Meningkat Produktiviti

Jika anda sedang mengejar deadline atau membuat kerja, produktiviti kerja anda meningkat jika anda memiliki aura atau mindset yang positif.


Ini kerana anda tidak fikir tentang kegagalan dan hanya berfikir tentang kejayaan. Oleh itu, anda akan lebih bersemangat dan membolehkan anda untuk membuat kerja dengan baik.


2. Mengurangkan Stres

Satu perkara yang akan menjadi penghalang untuk kita buat kerja dengan bagus adalah stres. Ini kerana ia akan menyebabkan banyak perkara berlaku seperti hilang motivasi dan letih.


Tetapi aura yang positif akan membantu anda untuk mengurangkan stres dan pada masa jangka yang lama boleh menghilangkannya terus dari hidup anda!


3. Mendorong Orang Di Sekeliling Anda

Seorang yang positif akan memberi kesan yang baik kepada orang di sekeliling mereka kerana aura ini berjangkit! 


Sebagai contoh, jika anda mempunyai mindset yang positif di tempat kerja, rakan sekerja anda juga akan memiliki mindset ini kerana anda menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.


Ini akan menghasilkan persekitaran yang positif dan melahirkan pekerja yang bagus.


Kesimpulannya, terdapat pelbagai tips yang anda boleh mengikuti untuk mengekalkan aura positif.


Adakah anda mencari platform untuk mentransformasikan diri anda untuk menjadi seseorang yang lebih hebat?


Jika jawapan anda adalah YES! Anda boleh seminar dan mengikuti latihan yang dilakukan oleh Dr Azura Hashim. 


Beliau menggunakan pelbagai cara dan langkah untuk membantu anda mencapai potensi. 


Dengan ini, anda dapat mengubah diri anda mampu melakukan perkara yang anda tidak dapat melakukan sebelum ini.


Jom! Sertai Webinar Vision Board Holistik untuk memperbaiki cara pemikiran dan habit untuk capai impian kita dengan lebih mudah dan sentiasa bersemangat. 

 

Ingin tahu rahsia bagaimana untuk bina dan capai impian yang lebih holistik?

 

Jom sertai Webinar Vision Board Holistik Edisi 2022!

 

Klik link ini untuk daftar sekarang: https://drazurahashim.com/vbh/

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart