Tentang
Dr Azura Hashim

Personal Development Coach | Author

#NakBantu100kJiwa

Dr Azura berimpian untuk membantu 100,000 jiwa menjadi lebih bahagia, cemerlang dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Kenali Coach Anda

Berpegang kepada ‘lifelong learning’ dan semangat yang tinggi, Dr Azura bercita-cita membantu individu sekeliling mengubah kehidupan secara mental, emosi, fizikal dan rohani dengan lebih berkesan.

Dr Azura mempunyai pengalaman kerja dalam industri lebih dari 15 tahun. Beliau berpengalaman dalam bidang telekomunikasi, pendidikan dan industri kewangan.

Visi Dr Azura

#NakBantu100kJiwa

"I Love Myself So I Can Love Others, Because I Love Allah"

Beliau secara aktif telah melakukan banyak perkongsian bersama pelbagai organisasi badan kerajaan dan swasta sejak 8 tahun lepas, termasuklah di Majlis Amanah Rakyat, KWSP, Socso, Lembaga Tabung Haji, Bernama, KPDNKK, PTPK dan banyak lagi.

Program seminar Dr Azura telah disambut baik dan mendapat maklum balas yang positif daripada kumpulan peserta pelbagai terdiri daripada usahawan, majikan dan golongan pekerja, dan umum.

Seringkali dijemput di saluran media massa seperti Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, TV AlHijrah, IKIM.fm, BERNAMA, majalah In Trend, akhbar The Star, Sinar Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro. Selain itu, sering dijemput untuk berkongsi buah fikiran di majalah dan akhbar selain aktif menulis dan telah menulis 5 buah buku.

Beliau mempunyai impian yang tinggi untuk membantu 100,000 orang sekeliling meningkatkan kecekapan, kemahiran dan potensi diri mereka.

 Percaya dengan kepakaran yang dimiliki, ditambah pula pengalaman sewaktu dalam industri, In Shaa Allah dapat menyumbang kepada kumpulan di luar sana untuk lebih berjaya dalam kehidupan, organisasi dan negara secara keseluruhan.

Pendidikan

Sijil Kelayakan

As Seen On

Antara Klien

Personal Coaching

Tiada masa untuk ke seminar? Mahukan lebih privasi tentang isu anda? Klik sini untuk book sesi Personal Coaching dengan Dr Azura.

Corporate Engagement

Mahu panggil Dr Azura untuk berkongsi dengan organisasi anda? Klik sini untuk proposal dan quotation.

Shopping Cart