Galakkan Anak Membantu

galakkan anak membantu

5 Tips Untuk Galakkan Anak-Anak Bantu Kita

 
 
Seringkali kita sering mendengar pelbagai kisah berkenaan harapan ibu bapa yang menginginkan anak-anak yang baik dan ringan tulang membantu keluarga seperti dalam hal urusan rumah.
 
 
Dalam kepelbagaian kisah tersebut, ramai dalam kalangan kita yang telah dan bakal menjadi ibu bapa inginkan tips bagaimana hendak didik dan galakkan anak-anak supaya rajin bantu ibu bapa mereka.
 
 
Jemput baca perkongsian pada kali ini, berkenaan 5 tips untuk galakkan anak-anak bantu kita.
 
 
• Jadi lebih fleksible
 
Ubah tugasan yang akan diberikan kepada anak-anak bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka.
 
Misalnya, sekiranya anak-anak tidak mampu jemur kain di ampaian yang tinggi, maka galakkan mereka dengan suruh mereka menghulurkan hanger dan penyepit baju kepada kita.
 
Gunakan kreativiti kita dalam menggalakan mereka bantu kita.
 
 
• Benarkan mereka bantu
 
Kadangkala kanak-kanak suka bantu orang dewasa. Sekiranya mereka berminat untuk bantu kita, benarkan mereka untuk bantu kita.
 
Kita harus gunakan peluang ini untuk ajar mereka bagaimana untuk laksanakan sesuatu tugasan tersebut.
 
 
• Terangkan “why”
 
Kanak-kanak sememangnya bijak. Oleh itu, kita digalakkan untuk beritahu “kenapa” kita perlukan bantuan mereka, jelaskan situasi kita dan bercakap atau terangkan kepada mereka dalam nada yang rendah dan tenang.
 
Ini dapat bantu mereka fahami kenapa kita perlukan bantuan dan pada masa yang sama mendidik untuk jadi seorang yang rajin membantu orang lain.
 
 
• Jadi model contoh
 
Sekiranya kita mahukan anak-anak bantu kita, kita seharusnya menjadi contoh yang baik kepada mereka.
 
Kita tidak boleh jangkakan bahawa anak-anak akan bantu kita sekiranya kita sendiri tidak lakukan tugasan yang perlu bantuan mereka tersebut.
 
“Your kids watch you for a living. It’s their job; it’s what they do. That’s why it’s so important to try your best to be a good role model.”—James Lehman.
 
 
• Jadikan aktiviti tersebut menyeronokkan
 
Anak-anak suka akan perkara yang dilakukan adalah seronok. Oleh itu, jadikan tugas “membantu” menjadi perkara yang menyeronokkan.
 
Dengan cara ini, anak-anak tidak rasa bosan, malah menjadi galakkan kepada mereka untuk bantu kita dan orang lain pada masa akan datang.
 
Justeru, membentuk peribadi mulia dalam diri mereka.
 
Akhir kata, anak-anak ibarat kain putih yang bersedia untuk dicorakkan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan anak-anak menjadi modal insan yang baik.
 
 
“Your children will become who you are; so be who you want them to be.”
 
 
galakkan anak membantu
Salam Sayang,
Dr. Azura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart