Hidup Positif dalam Kehidupan

hidup positif

Hidup positif dan bahagia ini perlu bermula dari diri sendiri dahulu, baru yang lain akan nampak positif dan bahagia. Ini akan menghasilkan jiwa yang tenang dan jika ada masalah yang datang pun, Insyaallah akan dapat diselesaikan dengan tenang.
 
Amalkan 5 tips ini dan lihat perubahan pada diri anda. Positif dan bahagia ini adalah pilihan dan janganlah kita mensia-siakannya.
 

1)SAYANGI DIRI ANDA

Utamakan diri anda dahulu, kemudian baru keluarga, sahabat handai dan orang lain.
 

2)BERBUAT BAIK

Sentiasa melakukan amal kebaikan kepada orang sekeliling tanpa mengira latar belakang dan bahasa.

3)SELALU MEMAAFKAN

 

Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia
(QS: Asy-Syura: 43)

 
Seorang hamba dianiaya, lalu dia memaafkan penganiayanya itu, maka ia akan dimuliakan Allah dan dimenangkan atas musuhnya.
 

4)JANGAN PERNAH MENYAKITI SESIAPA

 

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” (QS Al Ahzab : 58)

 
Di dalam islam menyakiti hati sesama muslim adalah perbuatan dosa. Bukan sahaja dosa, malah perbuatan tersebut dapat memberi impak negatif kepada diri sendiri.
 

5)SENTIASA SENYUM

Senyuman adalah pengubat duka lara. Dengan senyuman, aura kebahagiaan dapat bangkit dalam diri dan tersebar kepada orang sekeliling umpama wangian yang baru dibuka penutupnya. Lantas, hidup positif dapat dibentuk.
 
hidup positif
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
 
Jom join channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart