Hilang Orang Tersayang

hilang orang tersayang

Hilang orang tersayang memang perit untuk diterima lagi-lagi kalau orang itu sangat rapat dengan kita.
 
Tetapi kita harus sedar yang hidup pasti akan pergi dan setiap yang mula pasti akan tamat. Yang pasti, kita tidak boleh lari dari kenyataan itu.
 
Kematian kita sudah lama ditetapkan sejak azali lagi.
 
Rasa sedih yang terlalu dalam itu mungkin akhirnya akan membuat anda berada dibawah tekanan dan stress.
 
Apa yang boleh anda lakukan?
 

1. Bercerita kepada orang lain.

 
Banyak manfaatnya apabila bercerita dengan orang lain. Antaranya adalah ketenangan, tidak berasa sendirian, mendapat sokongan dari orang sekitar, dapat mencegah membuat keadaan menjadi lebih buruk, mendapatkan bantuan dari orang yang betul untuk mengatasi masalah tanpa mengganggu kesihatan mental, serta menemukan jawapan dari orang sekitar yang mungkin pernah mengalami perkara yang sama.
 

2. Luangkan masa ‘me-time’ untuk mengubati hati.

 
Masa sendirian juga penting bagi mengubati rasa sedih yang terpahat di hati. ‘Me-time’ boleh dilakukan pada masa terluang anda.
 

3. Hindari perkara yang membuat anda sedih.

 
Cuba jauhi perkara yang mampu membangkitkan rasa duka lara. Sebaliknya cuba mendekatkan diri dengan perkara yang menggembirakan hidup anda.
 
 
Life must go on. Yang indah akan jadi ingatan dan kenangan.
 

 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam sayang,
Dr Azura Hashim
 
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart