Anda cintakan pasangan anda, tapi adakah anda benar-benar mengenalinya?

Anda mungkin sudah lama bercinta, namun masih belum masak dengan perangai masing-masing. Atau, anda baru nak memulakan hubungan dengan orang yang anda langsung tak kenal.

Jom lihat tulisan pasangan atau bakal pasangan anda hari ini. Mungkin masih ada rahsia yang belum anda tahu !

Tanya semula diri kita cinta itu apa? Apakah sekadar berkenalan dan kemudian bernikah? Cukupkah sekadar mengenali luaran fizikal sahaja? Alangkah indahnya perkahwinan jika kita saling mengenali pasangan sebaiknya.

Kriteria yang dimahukan dalam mencari pasangan adalah sangat penting. Tipulah jika lelaki tak mahu gadis yang cantik dan serba sempurna dari pelbagai aspek. Begitu jugalah wanita, nak calon suami yang tidak kurang hebatnya. Tetapi itu semua hanyalah angan-angan, semua nya terpulang kepada Allah Ya Khaliq Yang Maha Mencipta itu sendiri.

Saat menghadapi isu dalam hubungan, pasti muncul keraguan didalamnya. Kajian menunjukkan salah satu punca pasangan bercerai adalah kerana merasakan mereka sudah tidak serasi untuk bersama. Dalam soal hubungan terutamanya cinta suami isteri, soalnya bukan pasangan itu tepat atau tidak, tetapi kita sendiri mampu atau tidak menjadi orang yang tepat buat pasangan kita.

 

Perkataan I LOVE YOU dan SAYANG SAYANG AWAK tidak cukup untuk mempertahankan hubungan rumahtangga. Adakah salah sendiri atau pasangan apabila si dia belum mencapai piawai yang ditetapkan pasangan. Apakah anda meletakkan harapan pada pasangan?

 

Salah satu faktor yang membuatkan kita merasa ragu adakah kita sudah mencari pasangan yang tepat adalah kita sendiri belum mengenali diri kita dan tidak tahu apa sebenarnya yang kita mahukan. Jika kita sendiri belum mengenali diri sendiri, mana mungkin kita bertemu pasangan yang akan memahami diri sepenuhnya.

Oleh sebab inilah, dengan izin Allah saya terbitkan sebuah lagi buku tulisan tangan dengan fokus hubungan suami isteri.

Semoga kita lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam agar dapat menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dengan baik. 

Saya sangat berharap agar naskhah kali ini dapat menjadi panduan kepada semua dalam meraih kebahagiaan rumahtangga. 

Semoga menjadi inspirasi buat kalian menjadi pasangan paling romatik dengan coraknya sendiri. Siapa kata kita tidak boleh bahagia dengan cara tersendiri? InsyaAllah selagi berlandaskan suruhan Allah, kita mampu mengecapi bahagia yang dicari. 

SIAPA SAYA DAN MENGAPA SAYA INGIN BANTU ANDA DENGAN BUKU INI?

Dr Hjh Azura Hashim

Nama saya, Dr Hjh Azura Hashim. Dulunya, saya hanya seorang yang biasa sahaja, hidup penuh dengan kisah atas dan bawah. Seorang yang sepertinya… hanya mengikut sahaja kemana langkah, dan tujuan hidup tidak begitu jelas. Sehingga ke suatu saat, saya sedar…

Hanya saya yang boleh mengubah hidup sendiri dan mencapai impian.

Saya yang bertanggung jawab atas keberhasilan kehidupan saya.

Alhamdulillah, saya telah menerima MBA dan PhD dalam Pemasaran Antarabangsa, diiktiraf sebagai ‘coach’ Neuro Linguistic Programming (NLP) di bawah NFNLP, USA, dan diiktiraf sebagai ‘Certified Master of Handwriting Analysis dari KAROHS International School of Handwriting Analysis.

Saya juga telah bekerja lebih 15 tahun  dalam bidang telekomunikasi, pendidikan dan industri kewangan.

Selama 15 tahun itu, saya pernah memegang jawatan sebagai Head of Property dan Site Acquisition di syarikat telekomunikasi dan juga sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Antara subjek yang pernah saya ajar adalah e-marketing dan pengurusan tingkahlaku.

Kini, saya aktif menerima undangan untuk berkongsi ilmu rahsia tulisan tangan dengan beberapa pertubuhan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Pertahanan Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), PERKESO, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi, serta telah melatih ribuan usahawan tempatan.

Oleh itu, misi saya adalah berkongsi perjalanan transformasi untuk semua di luar sana melakukan perubahan dalam diri dengan lebih baik.

Gambar Sekitar Seminar Saya

Apa Yang Anda Akan Pelajari Dari Buku Ini?​

LOVE : MILIK SIAPAKAH TULISAN INI​

Semoga dengan mengenali ciri yang ada pada tulisan membawa anda mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam. Semoga kekurangan pasangan dapat dikenalpasti dan difahami, dan anda mempunyai empati terhadapnya, dan bukan hanya mencari kesalahannya.

Azura Hashim

Agaimana Tulisan Tangan Sebagai Alat Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid Dapat Membantu Dalam Hubungan Suami Isteri?

Subhanallah, ada perkara yang memberi impak positif kepada diri saya, setelah saya mempelajari ilmu tulisan tangan. Rupa-rupanya, saya belum benar-benar mengenali suami saya walaupun telah 10 tahun berkahwin. Saya beranggapan karakternya seperti saya, namun ternyata saya silap, dan ia telah membawa kepada kedinginan dalam hubungan rumahtangga saya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan analisa tulisan tangan, saya boleh mengenal karakter sebenar suami saya – yang tersurat, mahupun tersirat. Dengan mengenal karakter masing-masing, saya dapat melakukan komunikasi dua hala tanpa perlu salah paham dan ada pihak yang memendam rasa.

Saya juga mengamalkan terapi tulisan tangan untuk memperbaiki kelemahan dan menambah baik potensi dalam diri kerana saya menginginkan kehidupan yang bahagia bersama suami dan anak-anak saya. Insha Allah.

Dr. Nurhidayah Roslan, Pengasas Dr Anne Skincare

HANYA

RM35.90

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi / whatsapp 016-222-3444.