5 Langkah Dalam Menentukan Matlamat Yang Berjaya

Matlamat merupakan satu langkah awal dalam kita mencipta kejayaan di dalam kehidupan dan juga perniagaan.

 

Matlamat merupakan senarai pencapaian yang kita ingin capai secara spesifik dan boleh diukur dalam satu tempoh masa yang ditetapkan.

 

Jadi amat penting untuk kita memastikan matlamat yang kita ingin capai itu, berjaya dicapai sebaiknya.

 

Terdapat lima langkah yang dapat membantu kita dalam menentukan matlamat yang berjaya.

 

 

5 Langkah Dalam Menentukan Matlamat Yang Berjaya

 

 

1. Perlu ada matlamat yang jelas dan nyata

 

Dengan adanya matlamat yang jelas dan nyata, sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menentukan apa yang ingin capai sebenarnya.

 

Apabila matlamat kita jelas, kita cukup tahu untuk fokuskan kepada yang memang penting sahaja. Oleh itu, memiliki matlamat yang jelas sangat membantu untuk kita.

 

“Vague goals attract vague results. BE SPECIFIC AND CLEAR.”

 

2. Memastikan matlamat yang ditetapkan dapat diukur.

 

Dalam memastikan matlamat dapat dicapai, matlamat itu perlu dapat diukur. Dimana, untuk menjadikannya lebih mudah dalam menentukan pencapaian proses yang berjaya.

 

Setiap kerja mempunyai kaedah pengukuran yang berlainan, tetapi dari awal pekerjaan matlamat dan tugas yang dipertanggungjawabkan telah dirundingkan, langkah itu harus dapat disampaikan oleh pemberi dan penerima tugas.

 

3. Pastikan matlamat yang ingin dicapai mempunyai tempoh yang ditetapkan

 

Untuk dapat menyesuaikan rentak pasukan, pengurus juga penting untuk memberi perhatian kepada tempoh pelaksanaan kerja. Oleh itu, sentiasa beri perhatian kepada anggaran masa kerja. Tetapkan masa tangguh dengan baik.

 

Namun, sekiranya terdapat halangan yang seolah-olah ingin menghalang kemajuan kita, janganlah berputus asa.

 

Sebaliknya, lakukan pengubahsuaian matlamat kita dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, sekiranya matlamat tertentu menjadi sudah tidak lagi penting bagi kita, maka harus dipertimbangkan untuk melepaskan matlamat tersebut dari senarai matlamat kita.

 

Ini akan membolehkan kita untuk meletakkan tenaga dan fokus untuk mencapai objektif yang jauh lebih penting untuk kita.

 

“Give yourself a doable deadline.”

 

4. Buat perancangan setiap langkah yang ingin di ambil.

 

Langkah yang diambil perlulah dimulakan dengan langkah yang kecil terlebih dahulu jika tidak, kita susah untuk fokus untuk langkah ynag perlu diambil seterusnya.

 

Perlunya tetapkan matlamat matlamat kecil disebalik matlamat besar kita.

 

Ini membantu kita dalam membuat perancangan langkah yang perlu diambil dan langkah itu sesuai dengan matlamat matlamat kecil yang kita telah tetapkan itu.

 

5. Sentiasa membuat penilaian terhadap tindakan yang diambil secara kerap

 

Secara asasnya, kita dinasihatkan untuk membuat penilaian terhadap kerja atau tindakan yang kita telah ambil secara kerap, hanya penilaian yang pantas dan berkualiti.

 

Kelebihan apabila kita kerap membuat penilaian atau mengkaji semula kerja atau tindakan yang dia telah diambil, dia dapat membantu untuk memastikan kita masih berada di landasan matlamat yang betul.

 

Malah, dengan ini juga dapat membantu kita untuk membuat sebarang perubahan jika didapati terdapat kekurangan terhadap kerja/tugasan/tindakan terdahulu.

 

 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
 

Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart