Nilai Dalam Diri

nilai dalam diri

Nilai dalam diri kita adalah suatu set prinsip atau idea yang membantu diri untuk membezakan baik dan buruk dan seterusnya bertindak mengikut pemilihan konsep tersebut.
 
 
Ada yang rasa diri akan berkualiti apabila dapat menyiapkan semua kerja bertepatan dengan masa.
 
 
Ada pula yang asalkan hati bahagia kualiti lah dirinya.
 
 
Kualiti dalam diri setiap individu adalah subjektif.
 
 
Kadang kala dalam kehidupan kita perlu “pause” seketika, untuk kita lihat sekeliling dan cermin diri kita supaya kita sedar akan realiti.
 
 
Masa ini kita gunakan untuk membaiki apa yang kurang dan tingkatkan nilai diri.
 
 

5 KAEDAH MENINGKATKAN NILAI DALAM DIRI

 

1. Tukar Perspektif

 
Ubah perspektif anda dengan mengenal pasti perkara tentang diri anda yang anda ingin perbaiki.
 
Mengetahui apa kelemahan merupakan langkah awal untuk anda mengambil tindakan dalam melakukan perubahan positif dan mengubahnya menjadi kekuatan.
 
 

2. Cari Kawan Yang Positif

 
Kawan anda pada hari ini, akan menentukan hidup anda pada masa akan datang. Ramai orang yang berjaya dek kerana berkawan dengan orang yang ingin berjaya dan positif.
 

“Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]

 
 

3. Muhasabah Diri

 
Dengan muhasabah, anda akan tahu kesalahan yang pernah dilakukan dan akan memperbaiki kesilapan tersebut.
 
 

4. Buat Penilaian

 
Penilaian diri dapat membina rasa percaya diri dan tanggung jawab pada diri sendiri kerana yang lebih mengenali diri sendiri adalah diri anda.
 
Anda adalah penilai yang terbaik atas hasil pekerjaan anda sendiri.
 
 

5. Pecahkan Matlamat

 
Terdapat matlamat jangka masa panjang dan pendek. Senaraikan matlamat apa yang ingin anda capai.
 
 
nilai dalam diri
 
 
Semoga bermanfaat.
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
 
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart