Penat Mental Dan Emosi

penat mental dan emosi

Penat mental dan emosi boleh mendorong seseorang untuk bertindak luar kawalan dan terjerumus dalam emosi negatif dalam jangka masa yang lama.
 
TANDA-TANDA PENAT MENTAL DAN EMOSI AKIBAT TEKANAN!
 
 
1. HILANG MINAT
Apabila mencapai titik maksimum kepenatan mental dan emosi, seseorang boleh hilang minat terhadap perkara rutin yang dilakukan setiap hari.

&nnbsp;
Malah sesuatu perkara itu boleh dilihat sebagai bebanan yang menyebabkan pekerjaan dilakukan tiada kesungguhan dan usaha.
 
 
2. TERLALU SENSITIF
Apabila seseorang mengalami kepenatan mental dan emosi, sesuatu perkara yang ringkas dan remeh juga boleh membuatkan seseorang mudah terasa hati, marah, merajuk dan sebagainya.
 
 
3. BERPUTUS ASA
Salah satu tanda kepenatan emosi adalah melihat segala perkara dengan perspektif negatif.
 
Ini disebabkan kita sudah menyerah kalah dan membiarkan perasaan berputus asa menguasai diri sendiri.
 
Jika seseorang berada pada tahap ini, itu tanda diri sudah dikuasai perasaan negatif.
 
 
4. TIADA ‘PERASAAN’
Apabila kepenatan mental dan emosi, ada sesetengah orang mampu menzahirkan tekanannya melalui tangisan dan ada pula memendamkan semuanya di dalam hati.
 
Ini kerana seseorang mungkin tidak mahu mengakui apa dirasainya namun sebenarnya ia boleh makan diri sendiri.
 
Akhir sekali, jika anda sendiri atau mengenali sesiapa yang mempunyai gejala diatas yang berlarutan, sila berjumpa dengan doktor di Hospital/Klinik Kesihatan yang terdekat.
 
Ianya boleh dirawat dan bukanlah petunjuk seseorang itu mempunyai karakter yang lemah.
 
You are loved and we are all in this together!
 
penat mental dan emosi
 
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
 
 
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart