Hadapi Perubahan Hidup Anda Dengan 5 Tips Ini

perubahan hidup

Perubahan hidup merupakan satu detik dalam kehidupan yang pernah dialami setiap insan. Saya pernah melalui krisis umur 40an. Kononnya nak pencen awal. Stop. Tak payahlah nak kejar dunia ni. Cukup dengan apa yang ada.

Cumanya, ketika mengerjakan haji beberapa tahun lepas. Saya bagai diilhamkan Allah perjalanan hidup yang lain seperti yang diimpikan.

Impian – Pencen awal umur 40

Realiti – Sedangkan Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul ketika umur 40 tahun.

Jadi siapalah saya nak duduk relax di umur 40. Astaghfirullahaladzim.

Allah kurniakan pelbagai resources kepada saya. Kenapa perlu saya tarik hand break dan mementingkan diri sendiri.

Rasulullah SAW bersabda: خير الناس أنفعهم للناس

Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia.

Orang yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Untuk memberi manfaat kepada orang lain, wasilah yang paling penting yang perlu kita ada ialah ilmu, tidak kira ilmu duniawi atau ukhrawi.

Hal ini disebabkan dengan kedua-dua ilmu ini kita dapat memberi faedah kepada orang lain.

Oleh itu, mari saya kongsikan di sini tip untuk ubah hidup.

 

 

5 Tips Hadapi Perubahan Hidup

 

Perubahan atau transformasi dalam kehidupan kita adalah sesuatu yang menakutkan tetapi ianya tidak dapat dielakkan. Untuk menjadi lebih baik, kita harus membuat perubahan.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.” (Surah al-Ra’d, ayat 11)

 

?. ?????? ???? ????? ????? ????

 

Salah satu cara untuk menghilangkan rasa takut adalah dengan menghadapi rasa takut itu sendiri. Jangan jadikan ketakutan itu sebagai bayang- bayang dalam kehidupan kita.

“Face your fears and doubts, and new worlds will open to you.” – Robert Kiyosaki

 

?. ??????? ??? ?????????

 

Berfikiran terbuka dan fleksibel dalam menerima, mendengar apa jua pendapat serta buah fikiran daripada sesiapa sahaja.

Sama ada daripada mereka yang lebih muda dari kita atau sebaliknya, juga sama ada daripada kawan mahupun lawan.

Dengan cara ini dapat membantu kita menyelesaikan  permasalahan yang dilalui dan dihadapi dengan tenang serta mudah inshaaAllah.

“By all means, let’s be open minded, but not so open minded that our brains drop of.” – Richard Dawkins

 

?. ???????? ???????? ???? ????? ??????????

 

Nak berubah? Semua benda rasa ingin diubah. Tetapi tanpa sokongan orang sekeliling terutama keluarga, kita tidak akan mampu untuk teruskan. Sokongan dari mereka sangat membantu dan mempengaruhi kehidupan kita.

Semangat dan dokongan serta inspirasi yang diberikan, dapat menguatkan kita untuk terus istiqamah dalam melakukan perubahan ini. Jangan terlalu yakin dan jangan cepat berputus asa.

“No one is useless in this world who lightens the burdens of another.” – Charles Dickens

 

?. ???? ???? ?????????

 

Tidak mudah untuk berubah.

Kita harus selalu semangat dan berani dalam menghadapi apapun dan tidak merugikan kita mahupun orang lain.

 

?. ????? ????????? ????

 

Dunia semakin mencabar. Semakin banyak liku-liku kehidupan yang harus kita hadapi. Lumrah kehidupan, tidak semua perkara kita dapat kawal dan berlaku seperti yang kita inginkan.

Semoga kehidupan kita lebih berkualiti, sihat dan positif.

 

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahualam

Lahawlawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart