Rendahkan Ego Anda

rendahkan ego anda

Rendahkan ego anda!

Sifat ego adalah penyakit dalaman. Ia tidak boleh digambarkan melalui visual atau perkataan. Berdasarkan istilah bahasa Melayu, ego membawa maksud angkuh atau sambung manakala pengertian mudahnya ego. Sikap ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun ianya dapat dikesan melalui perilaku dan perbuatan seseorang.

Semua orang ada egonya tersendiri. Namun ianya bergantung kepada individu tersebut sama ada mampu mengawal ego mereka.

Ada yang dapat mengawal ego mereka, ada juga yang tidak mampu mengawalnya.

Tips Rendahkan EGO

Kadang kala kita tidak perasan, bukan orang lain yang EGO tetapi diri sendiri yang susah nak terima hakikat dan terlampau EGO.

Setiap orang mahu menjadi yang terbaik untuk keluarga, sahabat dan orang-orang disekeliling mereka.
Ego ini memang ada dalam diri cuma kita perlu merendahkannya supaya tidak menjadi masalah di kemudian hari.

Bagaimana caranya?

1. Berhenti membandingkan. Fokus pada diri sendiri, rezeki itu pemberian Allah, banyakkan berdoa.
2. Jadi pendengar yang baik. Betulkan niat kita dalam mendengar untuk mengerti apa yang orang lain ingin sampaikan, bukan sekadar merespon untuk menunjukkan kepandaian.
3. Bijak dalam mengawal emosi. Mengawal emosi itu sangat penting bagi mengurangkan ego.
4. Merendah diri dengan kelebihan yang ada. Malah gunakan kelebihan itu untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Setiap tahun kita akan bertambah usia, jadikan usia itu semakin dewasa dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Berfikir sebelum bercakap dan bertindak.

Semoga bermanfaat

Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah

Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤

Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
?? https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart