Strategi Kejayaan Dalam Kehidupan Dan Kerjaya

Strategi kejayaan ini dapat dipupuk dan dari semasa ke semasa kita mungkin mampu mencapai matlamat dan mencapai kejayaan yang kita inginkan.

Mengubah strategi kita walaupun berbeza dari sebelumnya tidak bermaksud untuk kita mengubah impian yang telah dicipta.

 

Tiada jalan ringkas untuk berjaya dalam sesuatu perkara tersebut.

 

Untuk memastikan kita mencapai kejayaan ini, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan.

 

 

Strategi Kejayaan Dalam Kehidupan Dan Kerjaya

 

 

1. Tahu kekuatan dan kelemahan

 

Hanya kita sahaja yang mengenali akan kekuatan dan kelemahan sendiri. Maka sebagai orang yang ingin berjaya, kita haruslah sentiasa mengukur serta muhasabah diri dalam membentuk peribadi yang terbaik dalam mengejar kejayaan.

 

“With the right mindset, you can turn your weaknesses into your strength”

– Unknown

 

 

2. ‘Love what you do’

 

“If you do what you love, you’ll never work a day in your life”

– Marc Anthony

 

Pekerjaan kita akan mengisi sebahagian besar hidup ini, dan satu-satunya cara untuk merasa puas adalah dengan melakukan apa yang kita yakini sebagai pekerjaan hebat.

 

Dan satu-satunya cara untuk melakukan pekerjaan yang hebat adalah dengan mencintai apa yang kita lakukan.

 

 

3. Cari mentor

 

“A mentor is someone who allows you to see the hope inside yourself”

– Oprah Winfrey

 

Seorang mentor dapat membimbing kita dalam menuju kejayaan. Mentor seharusnya seseorang yang benar berjaya dan mampu memberi kita semangat, nasihat serta panduan dalam mencapai kejayaan.

 

 

 

4. Hadapi ketakutan

 

“Fears are nothing more than a state of mind”

– Robin Sharma

 

Ketakutan mempunyai kesan lumpuh yang menghalang kita dari bertindak. Kegagalan terbesar diri ialah tidak pernah mencuba. Ketakutan hanyalah satu muslihat yang bermain di fikiran.

 

Sekat pemikiran negatif anda agar tidak membataskan rancangan kita untuk berjaya.

 

 

5. Percaya kepada kemampuan diri

 

Percaya kepada diri adalah dengan kita meyakinkan diri atas kemampuan dan penilaian diri dalam melakukan tugas dan memilih pendekatan yang efektif.

 

Hal ini mampu membuatkan kita menjadi lebih bersemangat dan fokus pada matlamat.

 

Orang yang percaya pada kemampuan diri menjalani hidup secara berprinsip dan tidak mudah ambil pusing akan hal-hal yang boleh melumpuhkan semangat.

 

“To be a great champion, you must believe you are the best. If you’re not, pretend you are.”

– Muhammad Ali

 

strategi kejayaan

 

Dengan memupuk strategi ini dan dari semasa ke semasa kita mungkin mendapati bahawa kita mampu mencapai matlamat dan mencapai kejayaan yang kita inginkan dalam kerjaya serta kehidupan, In shaa Allah.

 

Jadilah terbuka untuk berubah dan raih kejayaan.

 

 

Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

tips perkembangan peribadi

Tips Kemajuan Peribadi

Kemajuan peribadi bermaksud perkara yang berbeza bagi kita semua. Semakin banyak kita berkembang, semakin banyak kita belajar dalam kehidupan ini. 8 Tips Untuk Perkembangan Peribadi

disiplin mengurus masa

Disiplin Mengurus Masa

Disiplin mengurus masa, bagaimana seseorang itu menguruskan masa dalam kehidupan seharian dengan cara terbaik agar dapat menjalani sebuah kehidupan yang teratur, sistematik dan lancar.  

nasihat buat diri

Nasihat Buat Diri

Nasihat buat diri sendiri?   Anda rasa dengan membandingkan diri anda dengan orang lain itu menjadi satu motivasi?   Teruskan kerana ia akan membuat anda

dihargai dan menghargai

Dihargai Dan Menghargai

Dihargai dan menghargai sangat penting   Sesekali kehidupan akan disulami dengan asam garamnya, barangkali terlalu manis bakal memudaratkan diri. Tips meredakan bebanan perasaan saat merasa

Shopping Cart