Atasi kemarahan adalah sukar untuk sesetengah orang.
Ini adalah lumrah antara sifat yang ada dalam diri kita. Tiada manusia yang tidak pernah merasai perasaan marah ini. Marah terhadap sesuatu, terhadap manusia?
Tapi marah ini boleh dikawal jika kita tidak melempiaskannya tanpa berfikir secara rasional.
3 Strategi Mudah Untuk Atasi Kemarahan
1. Diam dan jaga lisan
Kawallah apa yang terkeluar dari mulut dan tulisan kita. Lidah lebih tajam dari pedang. Tak semua perkara kita perlu ulas. Diam juga adalah cara terbaik.
Jaga lisan dan penulisan dengan sebaik mungkin.
Bawaan orang yang sedang marah adalah berkata-kata tanpa berfikir dahulu. Sehingga menimbulkan sesuatu yang boleh mengundang perkara boleh dikesali dan dimurkai Allah. Ini untuk mengelakkan salah faham dan orang lain disakiti.
Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaknya berkata baik atau diam. [HR Bukhari Muslim]
2. Sabar dan memaafkan
Allah menyukai bila kita sabar dan ikhlas, maka berusahalah untuk tetap senyum dikala sedih dan memaafkan disaat kecewa.
Jadilah seperti bunga yang bahkan memberikan keharuman kepada tangan yang merosakkannya.
“Forgiveness does not mean what happened is okay. It means not letting what happened take any more of your happiness.” – Michelle Maros
3. Sibukkan diri dengan hal-hal positif
Stay productive!
Isi fikiran kita dengan hal positif yang akan membawa aura kebaikan, minima buat diri kita sendiri. Waktu memang sangat berharga dan harus dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk hal yang bermanfaat.
Lakukan program, perancangan serta target hidup untuk masa hadapan agar hari-hari kita selalu terisi oleh hal-hal dan kegiatan yang positif.
“In times of great stress or adversity, it’s always best to keep busy, to plow your anger and your energy into something positive.” – Lee Lacocca
Kemampuan seseorang dalam mengatasi kemarahan juga berbeza-beza. Ingatkan diri kita bahawa kemarahan tidak akan memperbaiki apa-apa, sebaliknya mungkin hanya akan membuat keadaan lebih teruk.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial