1 JAM

PERKONGSIAN

13 OKTOBER 2022 | 9.15PM-10.30PM

WEBINAR AKAN DATANG

Kepada anda yang mahu tingkatkan pencapaian, buang 'limiting-belief' dan lenyapkan kata-kata dalaman yang menghalang anda capai impian :

Kami faham, ramai di luar sana yang mempunyai 1001 impian. Namun, untuk mencapainya, kebanyakan orang ada masalah ‘limiting belief’. Bukan salah anda 100%. Ia berkait rapat dengan persekitaran anda. Cara anda dibesarkan, di mana anda belajar, apa pendedahan anda. 

Kebanyakan kita mengharungi hidup dengan cabaran yang kadangkala, kita yang cipta halangan itu sendiri. 

Namun, semua itu boleh diubah dengan ‘reprogram’ minda kita. Kita boleh ubah cara kita berfikir dan bertindak. 

In Shaa Allah, semuanya dengan izin Allah.

12,014+

TELAH MENDAFTAR

178+

MAKLUMBALAS DITERIMA

“SELAMA INI BANYAK HADKAN IMPIAN”
 
“Baru perasan selama ini saya banyak menghadkan impian saya.
Selalu merasakan saya tidak layak mendapatkan sesuatu yang ‘besar’ 
 
Bersyukur Allah beri rezeki sertai kelas ini.
Saya lupa Allah Maha Pemurah, Maha Memberi, Maha Berkuasa atas segala sesuatu” 
– Cik Puan Maz

Mari Bangkit Menjadi Diri Anda Yang Cemerlang

Semua manusia diciptakan terbaik. Namun, hanya diri kita sahaja yang boleh menjadikan kita yang terbaik, walau apa bidang sekalipun.

Allah berfirman dalam Surah at-Tiin, ayat 4 bermaksud:

“Sesungguhnya benar Kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.”

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).

Let's Take Control Of Our Mind

SIAPA SAYA DAN MENGAPA SAYA INGIN BANTU ANDA ?

Dr Hjh Azura Hashim

Nama saya, Dr Hjh Azura Hashim. Dulunya, saya hanya seorang yang biasa sahaja, hidup penuh dengan kisah atas dan bawah. Seorang yang sepertinya… hanya mengikut sahaja ke mana langkah, dan tujuan hidup tidak begitu jelas. Sehingga ke suatu saat, saya sedar…

Hanya saya yang boleh mengubah hidup sendiri dan mencapai impian.

Saya yang bertanggung jawab atas keberhasilan kehidupan saya.

Alhamdulillah, saya telah menerima MBA dan PhD dalam Pemasaran Antarabangsa, diiktiraf sebagai ‘coach’ Neuro Linguistic Programming (NLP) di bawah NFNLP, USA, dan diiktiraf sebagai ‘Certified Master of Handwriting Analysis dari KAROHS International School of Handwriting Analysis.

Saya juga telah bekerja lebih 15 tahun  dalam bidang telekomunikasi, pendidikan dan industri kewangan.

Selama 15 tahun itu, saya pernah memegang jawatan sebagai Head of Property dan Site Acquisition di syarikat telekomunikasi dan juga sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Antara subjek yang pernah saya ajar adalah e-marketing dan pengurusan tingkahlaku.

Kini, saya aktif menerima undangan untuk berkongsi ilmu mengenai transformasi diri dan ilmu analisa tulisan tangan dengan beberapa pertubuhan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Pertahanan Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), PERKESO, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi.  Saya juga telah berjaya membantu ribuan peserta transformasikan kehebatan diri melalui perkongsian dan  mengenal potensi mereka.

Sijil pengiktirafan sebagai salah seorang member ‘Successful People In Malaysia’ dari British Publishing House LTD’ yang berpusat di UK.

Jemputan di Program Malaysia Hari Ini (TV3)

Jemputan di Program Assalamualaikum (TV AlHijrah)

Jemputan di Program Mingguan Wanita (Astro)

Jemputan di Radio Ikim.fm

Jemputan di Bernama Radio

Artikel di akhbar Sinar

Artikel di akhbar Utusan

Artikel di majalah Mingguan Wanita

Artikel di akhbar The Star

Artikel di majalah InTrend

Pendidikan

Sijil Kelayakan

As Seen On

Apa Kata Mereka Tentang Program Ini?

Siapa Tetamu Jemputan?

Coach Fadzli Aziz

Kaunselor Berdaftar (KBPA)
Pengasas Bijak Emosi

Fadzli Aziz adalah merupakan Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia sejak tahun 2010. Menamatkan Ijazah Sarjana Muda Bimbingan & Kaunseling dengan kepujian kelas pertama walaupun pada masa tersebut, beliau terlibat aktif dalam kumpulan nasyid popular tanah air iaitu UNIC sejak 2004 sehinggalah 2014.

Beliau menerima pelbagai anugerah di peringkat Universiti dan juga peringkat negeri Kelantan. Antara anugerah yang pernah diterima adalah Anugerah Naib Canselor UPM, Anugerah Sains Kemasyarakatan Peringkat Negeri Kelantan, Anugerah Dekan bagi setiap semester, Anugerah Kecemerlangan AlBiruni dan pelbagai lagi.

Setelah tamat pengajian, beliau bertugas sebagai tutor selama 2 tahun di Fakulti Pendidikan dalam bidang psikologi Pendidikan yang mana fokus utama beliau adalah mengenai kecerdasan emosi.

Namun atas beberapa sebab, beliau mengundurkan diri dunia pendidikan dan menumpukan sepenuh masa dalam bidang keusahawanan iaitu mengembangkan kumpulan nasyid UNIC.

Pada tahun 2015, beliau membuat satu keputusan besar untuk berundur dalam dunia nasyid dan menumpukan sepenuh perhatian dalam dunia latihan yang merupakan bidang minat yang lebih utama.

Beliau memiliki pelbagai sijil dan sertifikasi kepakaran seperti Spritual NLP Trainer, Hypnotherapist, Ujian Psikometrik Sidek, konsultan imej bertauliah dan pelbagai lagi.

Hasil pengalaman mengadakan pelbagai program di pelbagai peringkat daripada sekolah sehinggalah swasta, maka beliau mengambil keputusan untuk memfokuskan bidang kepakaran dalam pengurusan emosi khususnya dalam rumahtangga.

Beliau sekarang aktif dalam menjalankan pelbagai program dan juga kaunseling secara professional di Pusat Kaunseling milik beliau sendiri untuk membantu ramai pasangan dalam memperbaiki dan memulihkan rumahtangga.

Cgu Jinggo

  • Berpengalaman selama 26 tahun dalam bidang latihan
  • Jurulatih bertauliah HRDF, NLP & Hypnosis
  • Mempraktis pendekatan latihan berasaskan Gamification.

Pencapaian

  • Penulis buku Elas Belajar Itu Menyeronokkan
  • Penulis buku Elas Edugames
  • Penulis buku Hipnosis dalam Pendidikan

Penampilan Media

  • Astro
  • TV Al-Hijrah
  • Radio IKIM
  • Majalah Mingguan Wanita
  • Sinar Harian
  • Metro

Pengkhususan Bidang

  • Bengkel & Seminar Pelajar
  • Kecemerlangan melalui pembinaan karaktor
  • Teambuilding (Sekolah, IPTA, IPTS, NGO, Korporat)
  • Seminar Parenting
  • LADAP Guru
  • TOT ELAS Coach
  • Storytelling
  • Seminar Big Why
  • Bengkel Parent2Kid
  • STEM Nature Camp

Bila Program Ini Akan Berlangsung?

13 OKTOBER 2022 (KHAMIS)
9.15 MALAM-10.30 MALAM
Secara Zoom

Untuk waktu terhad, webinar ini hanyalah

RM97

PERCUMA!!

Lekas daftar di link di bawah