Bersyukur dengan betul

cara bersyukur dengan betul

Bersyukur itu adalah ucapan, sikap atau perbuatan seorang hamba kepada Allah SWT diiringi dengan pengakuan secara ikhlas atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikanNya sama ada ketika senang mahupun susah.

Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumatkan, “Sesungguh­nya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
(Surat Ibrahim ayat 7)

Ada 4 cara untuk kita menzahirkan rasa syukur iaitu

 

a) Bersyukur dengan hati

Iaitu dengan mengakui dan mempercayai bahawa segala nikmat yang kita perolehi ini sama ada kecil, besar, banyak atau sedikit adalah daripada Allah SWT bukan yang lain.

 

b) Bersyukur dengan lisan

Iaitu dengan mengucapkan secara jelas ungkapan syukur itu berupa hamdalah; puji-pujian kepada Allah SWT dengan lafaz ‘Alhamdulillah’ yang bermaksud ‘Segala Pujian bagi Allah’.

 

c) Bersyukur dengan amal dan perbuatan

Iaitu dengan menggunakan nikmat anggota tubuh badan seperti mata, lidah, ,mulut dan sebagainya. Digunakan ke arah yang baik dan diredhai oleh Allah SWT.

 

d) Bersyukur dengan nikmat pemberian

Iaitu dengan cara memanfaatkan segala nikmat yang dikurniakannya berupa harta benda, wang ringgit, masa mahupun ilmu, ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT
bersyukur

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah

Salam Sayang,
Dr Azura Hashim

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart