Alasan masih tiada perubahan?
Semua orang ada impian kan?
Tapi terlintas dalam fikiran kita, “boleh ke aku capai?” atau “tak boleh ni, aku bukan macam dia”.
Ini lah yang dipanggil ‘self sabotage’ dan melenyapkan impian itu.
Buang sikap ini jauh-jauh supaya Allah beri kita jalan kemudahan untuk mencapai matlamat-matlamat kita. In shaa Allah.
Antara alasan masih tiada perubahan ialah:
1. Takut untuk memilih dan menerima perubahan baru.
Cabar diri anda untuk melangkah ke ‘level’ lebih tinggi. Banyak cabarannya namun ia dapat menjadi pengalaman yang bermakna dalam hidup anda.
2. Belum bersedia menerima sebarang kemungkinan yang negatif
Dalam hidup ini ada dugaannya, tak semuanya indah. Oleh itu belajar untuk memperbaiki diri di atas kegagalan yang berlaku.
3. Tidak ‘explore’ kemampuan diri sendiri.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan potensi diri. Cuba cari kelebihan diri yang mungkin terpendam dalam diri anda.
Jika anda ada alasan-alasan ini, cuba untuk buangkannya dan set strategi untuk mencapai matlamat-matlamat itu.
Mulalah membuat Vision Board untuk lebih fokus mencapai impian-impian anda kerana setiap apa yang anda tulis itu adalah satu doa.
Rezeki Allah itu luas dan jangan kita sia-siakannya. In shaa Allah.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Semoga Bermanfaat ?
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤️
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
?? https://t.me/drazuraofficial
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Handwriting Personality dan Cara Mengenal Pembohong Melalui Tulisan Tangan
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita