Amalan Murah Rezeki

amalan murah rezeki

Amalan murah rezeki sangat penting dalam memastikan kehidupan di dunia berjalan dengan lancar dan sentiasa diberkati Allah SWT.
 
 
Amalan-amalan ini nampak remeh namun dapat memberi impak yang besar dalam kehidupan kita terutamanya sebagai seorang yang dilahirkan Islam.
 
 
Sekarang ini semakin ramai yang terkesan dengan bebanan kewangan dan emosi terutamanya.
 
 
Banyak keperluan yang mendesak sehingga kadang kala menjadi buntu.
 
 
Selain daripada kerja kuat dan usaha, kita sebagai hamba seharusnya meminta dan bergantung kepada Allah. Ini kerana Dialah yang Maha Kaya dan pemberi rezeki.
 
 

Contoh amalan murah rezeki yang boleh diamalkan:

 
 

1)Memperbanyakkan beristiqhfar

 

2)Berbuat baik dan sentiasa mendoakan ibubapa

 

3)Memudahkan urusan orang lain atau menunaikan hajat mereka

 

4)Muliakan tetamu yang bertandang

 

5)Banyakkan bersedekah

 

6)Sentiasa bersyukur dengan segala pemberian Allah

 

7)Bertawakal kepada Allah

 
 
Sabda Nabi SAW; “Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
 
 
Jangan berputus asa, teruskan melangkah untuk menjadi seorang yang luar biasa!
 
 

In shaa Allah
 
 
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
 
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim ❤
 
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart