Atasi Hari Buruk

atasi hari buruk

Atasi hari buruk dengan mengelak dari punca masalah tersebut.
 
Namun adakah semudah itu?
 
“Kebahagiaan adalah ketika apa yang kamu pikirkan, apa yang kamu katakan, dan apa yang kamu lakukan selaras.” – Mahatma Gandhi
 
Hakikatnya, hidup tidak selalunya mengandungi kegembiraan.
 
Kadangkala, seseorang mengalami fasa dan keadaan tertentu yang membuatkan moodnya tidak dapat ditanggung.
 
Lebih-lebih lagi apabila hari itu tidak menyenangkan, sudah tentu akan menyebabkan orang menjadi bad mood dan meragam.
 
Berikut saya kongsikan beberapa perkara mudah yang boleh anda lakukan pada hari-hari yang sukar itu untuk membantu anda bangkit.
 
atasi hari buruk
1. Manjakan diri anda dengan snek kegemaran anda
Makan makanan manis seperti ais krim atau coklat dapat memberikan rasa bahagia dan tenang disebabkan oleh pelepasan hormon dopamin di otak.

Jadi untuk merasa bahagia dan tetap sehat, penting untuk menikmati ais krim dengan kuantiti yang tidak berlebihan.
 
 

2. Menangis sepuasnya
Satu kajian menunjukkan bahawa mengalirkan air mata kerana emosi sedih boleh mengurangkan tahap tekanan, menjadikan anda berasa lebih baik selepas itu.

American Academy of Ophthalmology mengatakan air mata emosi mempunyai tahap hormon tekanan lebih tinggi.
 
 

3. Berhubung dengan salah seorang rakan terbaik anda
Luahkan perasaan anda kepada orang yang paling percaya seperti kawan baik anda.
 
 

4. Lakukan pembersihan ringan untuk menyegarkan ruang anda
Ruang yang bersih dapat membangkitkan mood serta memberikan keselesaan kepada diri.
 
 

5. Dapatkan diri anda di udara segar
Keluar ke taman atau pantai untuk menenangkan diri dan mendapatkan ilham yang dapat membantu menyelesaikan isu anda.
 
 

6. Lakukan hobi kegemaran anda
Masa terluang boleh digunakan dengan melakukan hobi anda.
 
Jika anda mencari cara untuk melakukan perubahan pada diri, cubalah dengan sekecil-kecil perkara inshaaAllah semuanya akan baik-baik sahaja ?
 
 
atasi hari buruk
 
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
 
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
 
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart