Atasi stress amat sukar buat sesetengah orang.
Tekanan amat sukar dikesan dan memerlukan pemeriksaan kendiri oleh orang yang mengalaminya.
Mengikut kajian, hampir setengah juta rakyat Malaysia didapati mengalami simptom tekanan atau depresi.
Punca utama stress sering dikaitkan dengan masalah kehidupan yang terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja, masalah keluarga dan lain-lain.
Tekanan dipandang enteng oleh sebahagian masyarakat dan ianya amat bahaya jika tidak ditangani segera kerana boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita dan orang sekeliling.
Isu ini harus ditangani mengikut cara yang betul dan orang yang pakar dalam bidang ini.
Oleh itu, ingin saya kongsikan antara cara-cara untuk atasi stress dengan mengamalkan 10B!
In shaa Allah.
Amalkan 10B Ini Untuk Atasi Stress
1 – Sentiasa bertenang
2 – Bernafas dengan dalam
3 – Berkata `relakslah’/ tak mengapa
4 – Beribadat dengan khusyuk
5 – Bercakap dengan seseorang seperti keluarga atau sahabat handai
6 – Berurut
7 – Berehat dan mendengar muzik yang disukai
8 – Beriadah secara optimum
9 – Bersenam secara optimum
10 – Berfikiran positif sepanjang masa
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Salam, kurniakan ketenangan dan kesejahteraan kepada jasmani dan emosi kami. Dan ampunilah kami.
Aamiin
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah