Bagaimana kekal positif?
Realiti kehidupan ada kalanya bertentangan dengan apa yang kita inginkan. Ada pasang dan surutnya. Ada kalanya kita berasa gembira, teruja namun ada satu masa emosi negatif yang membelenggu seperti rasa sedih atau marah.
Tetapi, kira harus kekal positif dalam menghadapi setiap perkara agar kehidupan seharian kita penuh dengan motivasi dan semangat sekaligus mewujudkan hari yang produktif dan bermanfaat. Caranya adalah dengan:
?) ??????? ???? ???? ?????? ???? ???????
Mulakan hari dengan senyuman. Jangan mulakan hari anda dengan bermasam muka dan perasaan yang sedih. Bagi yang beragama Islam, anda boleh melakukan aktiviti atau perkara yang anda suka selepas solat subuh.
?) ??? ????? ??????? ?????
Sebelum tidur adalah waktu yang sesuai untuk muhasabah diri dengan ‘rewind’ kembali apa yang terjadi hari ini. Set minda anda untuk menjadi lebih baik untuk hari esok dengan pemikiran dan emosi yang positif serta penuh bersemangat.
?) ???? ??????? ???? ??????????????
Lakukan hobi anda! Buat apa sahaja yang anda suka seperti ‘food hunting’, bermain dengan haiwan peliharaan, mendengar muzik kegemaran dan sebagainya.
Semangat kadang-kala hadir apabila kita bertemu dengan seseorang yang istimewa di hati kita. Berjumpalah dengan mereka supaya kita kekal bersemangat dalam kehidupan kita.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Handwriting Personality dan Cara Mengenal Pembohong Melalui Tulisan Tangan
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita