Menjadi bijak pandai bukan sekadar cemerlang dan pandai di zaman sekolah sahaja. Ianya sebuah perjalanan yang berterusan melibatkan diri kita untuk belajar dan jadi lebih baik.
Walaupun kita telah tamat semua pendidikan formal dalam hidup kita, kita masih ada peluang untuk terus berlajar perkara baru dan jadi bijak.
“An investment in knowledge pays the best interest”
—Benjamin Franklin
Di sini terdapat beberapa tips untuk kita cuba:
4 Cara Untuk Bantu Anda Jadi Lebih Bijak
1. Main permainan yang mencabar otak anda
Main permainan yang melibatkan penggunaan otak adalah untuk merangsang minda anda untuk berfungsi dan juga ibarat sebagai senaman minda.
Permainan seperti sudoku, teka silang kata, Scrabble dan sebagainya bukan sahaja memastikan otak kita “bersenam”, malah permainan seperti itu juga memberi peluang untuk belajar sesuatu yang baharu
Serta dapat menerapkan diri kita untuk bersabar dan tidak mudah putus asa dalam melaksanakan sesuatu perkara.
2. Baca buku bukan fiksyen/dengar ‘podcast’ atau majlis ilmu
Kita amat digalakkan untuk membaca buku bukan fiksyen atau mendengar ‘podcast’ atau menhadiri majlis ilmu sebagai ‘lifelong learning’, maksudnya pembelajaran sepanjang hayat.
Ianya bukan sahaja jadikan diri kita bijak pandai, malah menjadi insan yang mampu beri manfaat kepada masyarakat sekeliling serta berpengetahuan.
“Reading is the gateway skill that makes other learning possible.”
—Barack Obama
“Learning never exhaust the mind.”
—Leonardo Da Vinci
3. Melancong
Melalui melancong kita dapat belajar dan mendidik diri kita dengan budaya baru. Teknik ini adalah cara yang luar biasa untuk mengembangkan pengetahuan anda ketika melancong.
Tambahan pula, kita dapat mengenali serta belajar bagaimana sesebuah budaya itu diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Jadi kebaikan dan manfaat yang kite peroleh dapat diaplikasikan dalam hidup kita.
“Certainly, travel is more than the seeing of sights; it is a change that goes on deep and permanent, in the ideas of living.”
—Miriam Beard
4. Kongsi ilmu bersama
Tabiat bagi orang yang bijak adalah dengan berkongsi ilmu yang dipelajarinya dengan orang lain. Dengan berkongsi atau dalam kata lain mengajar orang lain dengan ilmu yang diperolehinya, dapat mengekalkan ilmu itu sentiasa segar di dalam minda kita.
Serta dapat mengetahui di mana anda berpotensi mempunyai jurang dalam pengetahuan anda dalam topik tertentu.
“Knowledge is power, Knowledge shared is powered multiplies.”
—Robert Boyce
Tabiat orang yang berjaya adalah dengan sentiasa memperbaiki diri dan menjadi lebih bijak dimana ianya adalah salah satu peningkatan diri yang paling penting dalam diri kita semua.
Oleh itu, marilah kita bina tabiat yang baru untuk jadikan kita seorang yang berpengetahuan luas dan versi diri anda yang lebih bijak.
“Everybody can be smart”
—Jose Maurinho
Be Smart, Be Wise, Be Better.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah