Buang masa merugikan.
Kenapa?
Kerana setiap saat kita di bumi ini sangat berharga.
Masa yang diberikan itu boleh menentukan masa depan kita sama ada baik mahupun buruk.
Siapa yang sentiasa rasa terkejar-kejar?
Nak buat ini, buat itu. Tetapi akhirnya?
Tak sempat nak buat semua.?
Masa itu sangat berharga, dan orang yang berjaya adalah individu yang benar-benar bijak optimumkan masanya.
Namun begitu, ramai tidak mampu mencapai matlamat sendiri disebabkan bertangguh dengan menyatakan alasan mencari ‘masa yang sesuai’ untuk dilaksanakan.
Elakkan membuang masa dengan cara:
1. Kita menangguhkan sesuatu perkara kerana disebabkan oleh rasa takut dan rasa tidak selesa.
Dengan mengenalpasti punca kenapa kita bertangguh daripada melakukan sesuatu kerja atau tugasan, kita dapat bertindak untuk mencari solusinya.
2. Pastikan kawasan persekitaran kita jauh daripada sebarang bentuk gangguan.
Tujuannya adalah untuk memastikan kita dalam suasana yang senyap dan kondusif untuk kekal fokus pada matlamat kita.
3. Segera bertindak kerana buang masa merugikan.
Ia tanda kita telah mulakan langkah pertama keluar dari zon selesa, mula untuk melangkah lebih laju dalam perjalanan hidup kita.
“Even the greatest was once a beginner. Don’t be afraid to take the first step”
—Muhammad Ali
Start Now or Never!
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim ❤️
 
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial