Sayangi diri kita atau dalam perkataan lain “Self-Love” merupakan satu keadaan penghargaan terhadap diri sendiri. Iaitu menerima diri kita seadanya.
Ianya hasil dari tindakan yang menyokong fizikal, psikologi, dan pertumbuhan rohani dalam diri kita.
Ini bermakna menerima siapa diri kita dengan mengutamakan fizikal, emosi dan kesihatan mental diri kita.
Jom Ketahui 5 Cara Hendak Sayangi Diri Kita
1. Meluangkan masa yang berkualiti
Tujuan meluangkan masa yang berkualiti adalah untuk memberikan diri kita ruang dan masa untuk lakukan aktiviti bersendirian yang dikenali “Me-Time”. Ketika kita meluangkan masa bersendirian, hanya fokus pada diri sendiri.
2. Act of service
Utamakan perkara untuk kemudahan diri kita seperti menyediakan pakaian kerja untuk keesokan hari, menyediakan senarai aktiviti untuk esok hari agar lebih bersedia.
Contoh yang diberi adalah digelar sebagai Act of Service.
Ianya menunjukkan bahawa kita bersedia dengan perkara yang mungkin akan berlaku, untuk kemudahan diri akan datang.
Ini adalah cara kita menunjukkan sayang kepada diri sendiri dengan melakukan tindakan kebaikan untuk diri sendiri.
3. Sentuhan fizikal
Dengan menunjukkan kasih sayang melalui sentuhan fizikal menenangkan dan membuat kita bahagia.
Apabila melibatkan penjagaan diri, kita digalakkan ambil masa untuk fokus pada penjagaan diri.
Contoh aktiviti yang boleh buat kita rasa relaks melalui penjagaan fizikal seperti manjakan diri dengan berspa di rumah, berbasikal pada waktu petang untuk udara segar, rutin skincare, makan makanan yang berkhasiat dan lain-lain lagi.
4. Kata-kata penegasan (affirmation)
Kebiasaanya kita akan rasa seronok dan bahagia apabila dapat pujian seperti “Anda buat kerja sangat bagus”, “Awak sangat hebat!” atau “I love you”.
Sama juga bahawa kita perlu bercakap dengan penuh kasih sayang pada diri sendiri. Kadang kala, kita boleh menjadi pengkritik terburuk terhadap diri sendiri.
Oleh itu, gantikanlah kata-kata negatif terhadap diri sendiri dengan kata-kata yang baik. Ini adalah satu cara yang bagus untuk pamerkan rasa sayang pada diri kita.
Raikan kejayaan kecil dan besar kita. Bagi diri kita pujian dan beritahu diri kita yang kita rasa berbangga dengan diri kita.
5. Menerima hadiah
Apabila berbicara berkenaan hadiah, menjadi lumrah manusia untuk suka dan bahagia apabila menerima hadiah dari seseorang.
Ini menunjukkan bahawa kita hargai pemberian orang yang tahu tentang minat dan kecenderungan kita terhadap sesuatu perkara.
Sebagai contoh sekiranya kita minat membaca buku dan seseorang bagi hadiah buku yang berdasarkan genre yang kita suka, sudah tentu kita akan rasa terharu.
Ini kerana hadiah tersebut buatkan diri kita istimewa kerana seseorang ynag kita sayang fikirkan tentang kita.
Sama juga dengan memberi hadiah kepada diri kita. Kadang-kala kita terlupa untuk manjakn diri kita sendiri.
Oleh itu, hadiahkan diri kita dengan sesuatu yang bermakna kepada diri dan ianya tidak bermakna hadiah yang mewah dan mahal. Pilih hadiah yang boleh buat diri kita rasa diri dihargai dan disayangi.
Sebagai contoh sertai kelas yang kita minat dan sebagainya.
Akhir kata, untuk melatih diri agar menyayangi diri kita, adalah bermula dengan bersikap baik, sabar, lemah lembut dan penyayang terhadap diri sendiri,
Sama seperti yang kita lakukan dengan orang lain yang kita sayangi.
“To fall in love with yourself is the first secret to happiness.” —Robert Morley.
First Love Yourself, Others Will Come Next.”
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah