Cara mudah hindari stress.
Ada ke cara mudah?
Siapa sekarang ini sedang ada perasaan-perasaan ini? stress, penat dan sakit.
“Saya rasa nak lari je dari semua ni.. Stress!”
Ramai orang kata kalau ada duit baru bahagia tapi…
Sebenarnya, bukan semua benda perlukan duit. Siapa setuju?
Kesihatan kita adalah hadiah yang sangat mahal Allah kurniakan. Jadi kita seharusnya menghargai dan menjaga nya dengan baik. In shaa Allah
Perasaan stress, penat dan sakit ini lumrah dalam diri setiap manusia. Dan Allah datangkan kita ujian kerana Allah sayang kepada kita.
3 CARA MUDAH HINDARI STRESS
1. Gelak
Cari hiburan yang membuatkan anda happy dan bahagia. Contohnya kalau anda tengok drama membuatkan anda bahagia, cari lah kesempatan itu. Tapi kadang-kadang tengok drama pon boleh membuat air mata berjurai kan? Hahaha
2. Bersenam
Tak perlu bersenam yang berat-berat. Tujuan utama nya adalah untuk mendapatkan oksigen yang lebih untuk tubuh badan kita supaya menjadi tenang.
3. Makan Coklat
Ini pasti ramai yang suka. Tapi perlu ingat untuk menjaga portion makan supaya tidak effect berat badan pula nanti.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial