Cinta diri sendiri dahulu sebelum mencintai manusia lain.
Apa akibat kalau anda tak pedulikan perasaan sendiri?
Mesti tak seronok kalau rasa diri tidak dihargai kan?
Mencintai diri sendiri itu bukanlah bertujuan mementingkan diri sendiri. Tetapi, demi menjaga kesihatan mental kita.
3 perkara yang boleh dilakukan untuk mencintai diri sendiri ialah:
1. Jangan pernah mengatakan yang anda tidak layak untuk bahagia.
Cinta diri sendiri. Semua orang layak. Bahagia itu pilihan kita jadi, cuba mencari aktiviti yang membuat anda gembira dan tenang.
2. Tanamkan ayat-ayat motivasi dalam diri.
Motivasi ini sangat penting untuk tidak mudah rasa ‘down’ apabila perancangan anda tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Tulis jurnal untuk meluahkan perasaan anda untuk melihat perubahan yang lebih baik dalam diri anda.
3. Buang komen negatif orang terhadap kita.
Kita tak boleh nak tutup mulut orang kan? Jadi, kita ambil yang baik lupakan yang kotor. Kita mohon pada Allah SWT untuk temukan kita dengan orang yang baik-baik. In shaa Allah.
“Anda tidak bisa benar-benar mencintai orang lain kecuali Anda benar-benar mencintai diri sendiri terlebih dahulu.” – Fred Rogers
Semoga Bermanfaat
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Jom ramai-ramai join channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Salam sayang,
Dr Azura Hashim