Elak rasa stuck semasa anda membuat kerja.
Kenapa?
Rasa stuck dapat mengganggu kerja harian kita.
Rasa stuck tu macam mana?
Pernah tak anda rasa clueless?
Tiba-tiba macam ‘blank’ tak tau nak buat apa.
Maksudnya, badan anda memberi sign letih atau penat. Bila badan kita penat, emosi kita mudah terganggu dan boleh menjejaskan rutin harian kita.
Ambillah masa untuk berehat sebentar dan tenangkan fikiran.
3 TIPS UNTUK ELAK RASA STUCK
1. Elak rasa stuck dengan amalkan tabiat positif yang baru yang akan membuat anda tersenyum.
Banyak tabiat positif yang boleh anda wujudkan. Contohnya menguruskan masa dengan sewarjarnya dengan membuat checklist harian.
2. Cari perkara baru untuk dipelajari seperti join media social yang ada info bermanfaat.
Banyak skil yang boleh dipelajari melalui media sosial seperti memasak, belajar bermain muzik dan sebagainya.
3. Susun atur perabot dalam rumah supaya membangkitkan aura baru yang membuatkan anda lebih selesa.
Kebersihan rumah amat penting untuk membangkitkan vibe yang positif. Perubahan dalam susun atur rumah dapat memberi semangat untuk melaksanakan tugasan harian.
Jangan biarkan diri anda ‘stuck’ dalam waktu yang lama kerana ia tidak bagus untuk minda dan badan kita.
“People need to wake up and realize that life doesn’t wait for you. If you want something, get up and go for it” –Robert Kiyosaki
Semoga Bermanfaat, in shaa Allah
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim ❤️
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
? https://t.me/drazuraofficial