Fahami emosi anda.
Ada tak yang sedang sedih, tetapi sembunyikan perasaan?
Bila kita cakap tentang emosi, ia seringkali berkait dengan marah dan sedih.
Ia merupakan emosi biasa yang ada pada setiap manusia.
Namun, marah yang keterlaluan akan membawa banyak perkara negatif iaitu menjejaskan imej sendiri dan hubungan anda dengan orang lain.
???? ?????????? ????? ????
1. Luahkanlah perasaan apabila sudah tenang
Luahan dengan tegas dan jelas namun masih mengawal intonasi suara anda.
2. Ambil masa untuk berfikir sebelum bercakap.
Kemarahan akan dipengaruhi oleh emosi yang tidak stabil.Cuba fahami emosi anda.
Kata-kata yang keluar itu adalah hasil daripada emosi yang negatif.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
3. Rehatkan diri dan minda
Cari aktiviti yang membuatkan anda tenang dan tenteram. Anda boleh mendengar muzik, melukis atau melihat pokok-pokok diluar bangunan.
4. Jangan simpan dendam
Dendam yang telah tersimpan akan menjadi barah kepada anda pada masa akan datang.
Maka, belajarlah redha dan memberi kemaafan walaupun sukar.
Percayalah, memberi kemaafan sangat berkesan untuk menenangkan diri anda.
Bukan itu sahaja, kemaafan juga membolehkan anda belajar sesuatu atau mengambil pengajaran daripada situasi tersebut. In shaa Allah
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim ❤
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial