Habit hari minggu?
Eh.. sekejap sahaja dah nak masuk hari minggu. Nak buat apa weekend ni ye?
Jom saya kongsikan beberapa rutin yang terbaik yang boleh kita lakukan pada hari minggu bersama keluarga mahupun menikmati ‘Me Time’ anda pada hari minggu.
7 Habit Terbaik Pada Hari Minggu
1. Buat ‘things to do list
Senaraikan apa yang kita mahu lakukan hari ini dan minggu ini. Dengan cara ini, kita boleh nampak “deadlines” yang perlu dikejar dan tidak terkejut atau terlupa.
“One of the secrets of getting more done is to make a TO DO list every day. Keep it visible, and use it as a guide to action as you go through the day.” – Jeaine de la Fointaine
2. Utamakan yang penting
“Life is short. Focus on what really matters most; you should change your priorities over time.”
― Roy T. Bennett
Selesaikan perkara yang paling penting dalam senarai kita dan utamakan yang utama.
Perkara ini bukan sahaja untuk menjimatkan waktu, tenaga dan sumber tapi kita dapat fokus pada menyelesaikan perkara tadi.
3. Kemaskini kewangan
Hari minggu sesuai untuk kita memantau pengunaan wang kita pada minggu yang lepas dan melaksanakan bajet kewangan untuk minggu seterusnya. Ini untuk membantu agar kita tidak tertekan kerana kekurangan wang atau tertanya ke mana hilangnya wang kita.
4. Rekreasi
Ambil masa di waktu pagi atau 30 minit di waktu petang untuk berekreasi. Gunakan masa ini untuk menghirup udara segar dan cahaya matahari yang baik untuk kulit. Bagi yang sudah bekeluarga. Ini masanya kita boleh berekreasi bersama anak anak.
5. Nikmati
Nikmati hari cuti yang kita ada, bagi mereka yang solo gunakanlah untuk menambah ilmu pengetahuan dan ilmu dengan membaca atau menonton video berfaedah.
“Goo, better, best. Never let it rest. Till your good is better and your better is best.” – St. Jerome
6. Kemas bilik dan rumah
Mengemas bilik bukan sahaja memberikan kelapangan dan ketenangan kepada kita,malahan ia juga mempengaruhi aspek kesihatan dan separuh daripada iman. Mudah kita menghadapi minggu mendatang tanpa stress apabila bilik kita teratur dan bersih.
7. Tidur
Tidur yang cukup sangat penting untuk kesihatan mental dan fizikal kita. Kesannya kita akan lebih gembira dan produktif pada hari berikutnya. InshaaAllah.
“Happiness consists of getting enough sleep. Just that, nothing more.” — Robert A. Heinlein, Starship Troopers
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahawlawala quwwata illa billah