Hati yang mati antara perkara yang paling ditakuti oleh kita sebagai umat islam. Apabila hati sudah mati, maka banyaklah perkara yang tidak baik yang akan dilakukan oleh kita.
Antara tanda-tanda hati yang mati adalah:
1. BERANI MENINGGALKAN SOLAT
Solat lima waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan jika sengaja meninggalkan satu waktu solat sahaja pun maka dosanya sangat besar seperti sedia maklum sebagai umat Islam. Orang yang telah mati hatinya tidak merasa bimbang sedikit pun dengan azab yang sedang menunggunya.
2. MERASA TENANG WALAUPUN SETIAP HATI MELAKUKAN DOSA
Bagi mereka yang hatinya sudah mati, mereka akan rasa selesa dan tenang bila melakukan dosa. Sama ada besar mahupun kecil, mereka akan berasa tidak bersalah dan tidak merasa untuk kembali insaf ke jalan benar.
Firman Allah SWT;
“Sekali-kali tidak demikian sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.” – Surah Al-Muthaffifin: 14
3. JAUH DARI AL-QURAN
Dalam kehidupan harini yang serba sibuk, mereka ini sentiasa menjadikan alasan tidak ada masa untuk membuka Al-Quran, membaca dan memerhatikan maknanya.
Bagi mereka, sibuk dengan perkara lain dianggap lebih baik dari membuang masa dan memerhatikan makna Al-Quran.
Firman Allah SWT;
“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.” – Surah Muhammad: 24
4. MUDAH BERSANGKA BURUK
Mereka ini sentiasa mempunyai perasaan bersangka buruk terhadap orang lain walaupun orang lain tidak mengganggu hidupnya.
Firman Allah SWT;
“Wahai orang-orang beriman, tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa
dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.” – Surah Al-Hujurat: 12
Wallahua’lam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim ❤