Adalah penting untuk kita memahami hormon-hormon kebahagiaan, kerana kita memerlukan keempat-empatnya untuk kekal bahagia.
Oleh itu, di dalam penulisan ini mari saya kongsikan tentang hormon kebahagiaan yang dapat menjadikan kita lebih gembira untuk menjalani kehidupan seharian.
Mudahnya Nak Hasilkan 4 Hormon Kebahagiaan
Terdapat empat hormon yang menentukan kebahagiaan manusia:
Pertama adalah Hormon Endorfin
Apabila kita bersenam, badan melepaskan Endorfin. Hormon ini membantu tubuh menghadapi kesakitan dan membuat kita gembira.
Ketawa adalah satu cara yang baik untuk menjana Endorfin. Menghabiskan 30 minit bersenam setiap hari, dan boleh juga membaca atau menonton sesuatu lucu untuk mendapatkan dos harian Endorfin.
Kedua ialah Hormon Dopamine
Dalam perjalanan hidup kita, banyak tugas-tugas kecil dan besar, ia mengeluarkan pelbagai peringkat Dopamine.
Ini juga menjelaskan mengapa kebanyakan suri rumah tidak berpuas hati kerana mereka jarang mendapat pengiktirafan atau dihargai atas tugasan mereka.
Ketika membeli belah juga mengeluarkan Dopamine dan penyebab kepada gembira.
Sekarang, adakah kita sedar mengapa kita menjadi gembira apabila kita membeli-belah?
Ketiga adalah Hormon Serotonin
Dikeluarkan apabila kita memberi manfaat kepada orang lain. Tidak kisah samada kepada orang lain atau kepada alam semula jadi atau kepada masyarakat, ia mengeluarkan Serotonin.
Malah, menyediakan maklumat berguna di internet seperti menulis blog maklumat, menjawab soalan orang di Facebook juga akan menjana Serotonin. Iaitu menggunakan masa berharga kita untuk membantu orang lain melalui penulisan kita.
Ke-empat adalah Hormon Oxytocin
Dibebaskan apabila kita dekat dengan manusia lain. Apabila kita memeluk keluarga atau rakan, Oxytocin dibebaskan.
Begitu juga, apabila kita berjabat tangan atau meletakkan tangan kita di sekeliling bahu seseorang dengan pelbagai cara Oxytocin dilepaskan.
Apabila gembira, kita boleh menangani cabaran dan masalah dengan lebih baik.
Faham ye, mengapa kita perlu memeluk anak- anak walau di mana situasi pun termasuk ketika mereka mempunyai suasana yang tidak menyenangkan.
4. Peluk anak kita -Oxytocin