Iri hati ada yang positif ke?
Iri hati sering dikaitkan dengan sikap yang negatif. Namun sebenarnya sikap ni boleh ditukar menjadi positif dengan cara yang betul.
Jom saya kongsikan dengan anda..
1. Melihat sesuatu yang kita nak di kehidupan orang lain
Melihat orang berjaya di media sosial membuatkan kita teringin nak seperti itu. Berdoalah ‘ya tuhanku, kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah supaya aku dapat membantu keluargaku dan orang yang memerlukan. Allah itu Ar-rahman dan Ar-rahim iaitu maha pemurah dan maha mengasihani.
2. Gembira dengan kejayaan orang lain
Buang sikap dengki dan ganti dengan iri hati yang positif. Saling mendoakan kejayaan rakan-rakan itu jauh lebih baik daripada bercakap negatif tentangnya. Kerana janji Allah, perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan.
3. Mencipta kejayaan seperti mereka
Mendekatkan diri dengan orang-orang yang berjaya dan cari tahu ilmu atau rahsia bagaimana mereka boleh berjaya. Kita adalah cerminan dengan siapa kita berkawan. Jika kita berteman dengan penjual minyak wangi makan kita pon akan terkena tempias wanginya. Pilihlah ‘circle’ yang membantu anda mengejar impian supaya diri kekal bermotivasi.
Semoga ilmu yang disampaikan dapat diamalkan secara istiqamah dan bermanfaat kepada semua.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim