Jadi diri anda yang sebenar dapat menjadi titik awal untuk kita menuju dan mencapai kebahagiaan serta kedamaian hidup.
Namun ramai yang sukar untuk menenal pasti potensi diri sehingga mereka tidak percaya pada diri sekaligus meruntuhkan semangat dan keyakinan diri.
“Jangan biarkan orang lain memutuskan siapa Anda.” – Bob Goff
Lalu, bagaimana untuk menjadi diri kita yang sebenar?
BAGAIMANA MENJADI DIRI ANDA YANG SEBENAR
1. TIDAK BERASA MALU
Malu itu separuh daripada iman tapi kita hendaklah pandai menyesuaikan diri untuk teruskan kehidupan. Malu biarlah berpada-pada kerana ramai orang yang berjaya sifat mereka ialah seorang yang berani.
2. MELINDUNGI GARIS SEMPADAN ANDA
Melindungi garis sempadan ini termasuklah menjaga batas diri masing masing. Lindungi apa saja perkara garis atau prinsip hidup anda dan jangan biarkan ia melangkaui had anda terutamanya emosi.
3. PERIKSA KESIHATAN MENTAL DIRI SENDIRI
Kehidupan ini kadangkalanya ada naik dan turunnya termasuklah emosi dan perasaan kita. Kesihatan mental diri selari penting dengan kesihatan fizikal kita, oleh itu tetaplah bertahan dan kerap periksa kesihatan mental agar hidup anda lebih stabil.
4. MEMEGANG PRINSIP BAIK ANDA
Setiap orang mempunyai prinsip hidup masing-masing. Prinsip inilah yang membawa kita menjadi diri kita pada harini. Asalkan prinsip itu membawa kepada kebaikan dan kemajuan diri, teruskan sahaja dan jangan pernah berputus asa.
5. JANGAN BANDINGKAN DIRI SENDIRI
Kita hendaklah ingat bahawa hidup ini hanya sementara, oleh itu kita dididik oleh agama untuk sentiasa rasa bersyukur. Membandingkan diri dengan orang lain tidak akan membawa apa apa faedah malah jika lebih bersyukur Allah akan beri lebih banyak dari kita sangka.
6. TIDAK MERENDAHKAH NILAI KEMAHIRAN ANDA
Kita memang disarankan untuk menjadi seorang yang merendahkan diri tetapi jangan lah sampai kita mengehadkan kemahiran yang kita ada. Setiap manusia itu ada keunikan tersendiri, maka carilah keistimewaan diri anda!
Membina hubungan yang sihat dengan diri sendiri memerlukan kerja ?? dan masa ⏰.
Stay consistent and believe in yourself, YOU ARE ALMOST THERE! ✨
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim