Jauhi sikap membanding hidup dengan orang lain. Setiap daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri. Oleh itu, terimalah diri kita sebaiknya.
Tempohari di kampong saya makan nasi lemak di gerai faveret. Ada pelbagai jenis bungkusan nasi lemak.
Bila buka bungkusan, nasi lemak saya nampak pucat. Encik suami punya nampak sangat menarik dengan alas daun pisang dan sambal sotong.
Tak puas hati, saya tukar dengan nasi lemak suami. Subhanallah, Astaghfirullah…
Rupanya nasi lemak saya jauh lebih sedap dari yang alas daun pisang dan nampak menarik tu.
Terus Allah peringatkan dengan analogi yang simple melalui nasi lemak. Bahawa begitulah juga kehidupan kita seharian.
Kita selalu membandingkan hidup dengan yang lain nampak indah nampun kita tak tahu kisah sebenar. Macam teori ‘iceberg’.
1. Siapa kita?
Kita adalah diri kita. Kita tidak akan bahagia jika sering membandingkan diri dengan orang lain.
2. Fokus
Fokus dan yakin pada diri sendiri. Kadang rasa diri serba kekurangan kerana terlampau membandingkan diri dengan orang lain.
Perjalanan hidup setiap orang berbeza.
We have our own uniqueness and specialty. Accept whoever we are and appreciate ourselves ♥
“To be nobody but yourself in a world doing its best to make you everybody else means to fight the hardest battle any human can ever fight and never stop fighting.” – E. E. Cummings
3. Dapat
Kita akan dapat apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita nak. Bersyukur. Masing-masing ada rezeki, jodoh, kerja, masa yang tepat untuk diri sendiri.
Slowly but surely inshaaAllah. Have a good faith with Him.
“Semua ada waktunya. Jauhi sikap membanding hidup anda dengan orang lain. Tidak ada perbandingan antara matahari dan bulan, mereka bersinar saat waktunya tiba.” – Islamidia
Kita hidup tenang- tenang aje. Tak perlu berlumba dengan yang lain. Just be better setiap hari untuk dunia dan akhirat.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Dr Azura,
Sebarkan syukur❤️
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial