Buang masa adalah satu sikap yang harus dijauhi.
Ini kerana, masa itu sangat berharga, dan orang yang berjaya adalah individu yang benar-benar bijak mengoptimakan masanya dengan bijak.
Namun begitu, ramai tidak mampu mencapai matlamat sendiri disebabkan bertangguh dengan menyatakan alasan mencari ‘masa yang sesuai’ untuk dilaksanakan.
Tahukah kita sedang membuang masa yang sebenarnya dalam genggaman kita? Bila lagi hendak mula langkah capai matlamat?
Perkongisan pada kali ini adalah berkaitan cara-cara untuk elak buang masa.
3 Kaedah Untuk Elak Buang Masa Dan Selesaikan Sesuatu Perkara
1. Kenalpasti dan fahami kenapa bertangguh
Dengan mengenalpasti punca kenapa kita bertangguh daripada melakukan sesuatu kerja atau tugasan, kita dapat bertindak untuk mencari solusinya.
‘Procrastination’ yang juga dalam bahasa Melayu bermaksud sikap bertangguh iaitu berehat untuk rasa takut dan tidak selesa akan sesuatu perkara.
Kita menangguhkan sesuatu perkara kerana disebabkan oleh rasa takut dan rasa tidak selesa.
Oleh itu, dengan memahaminya kita dapat bertindak untuk menyelesaikannya misalnya dengan mengubah gaya hidup yang sihat.
2. Elakkan gangguan
Sekiranya kita hendak laksanakan suatu tugasaan, pastikan kawasan persekitaran kita jauh daripada sebarang bentuk gangguan seperti notifikasi dari media sosial, televisyen dan sebagainya.
Tujuannya adalah untuk memastikan kita dalam suasana yang senyap dan kondusif untuk kekal fokus pada kerja.
“What you stay focus on will grow”
—Roy. T Bennett
3. Bertindak segera
Dengan segera bertindak setiap hari, walaupun hanya dalam 10 minit adalah berbaloi. Ini kerana Tindakan segera adalah satu petanda bahwa kita telah mulakan langkah pertama.
Langkah pertama yang kita ambil menujukkan bahawa kita telah berjaya keluar dari zon selesa, mula untuk melebarkan sayap dalam perjalanan hidup kita. Oleh itu, berhenti bertangguh dan MULA bekerja!
“Even the greatest was once a beginner. Don’t be afraid to take the first step”
—Muhammad Ali
Jangan sia-siakan hidup kita dengan melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Now or Never.
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahua’alam
Lahaulawala quwwata illa billah