Transformasi Hidup Anda dengan 8 Kata-Kata Hikmah

mengubah hidup anda

Transformasi hidup anda kepada yang lebih baik

Hikmah Disebalik Sentiasa Mengubah Diri Dan Hidup Anda

 

Kata-kata hikmah mampu menjadi pembakar semangat dan mengekalkan ketetapan diri kita untuk terus-menerus mengubah hidup kita ke tingkat pencapaian yang terbaik dan juga mengecapi kehidupan yang diredhai Allah samada di dunia mahupun di akhirat nanti.

“Apabila kita mengubah imej diri maka ia juga akan mengubah konsep diri kita.

Apabila kita mengubah perangai, maka berubahlah hasil kehidupan.”

– Dr Azura Hashim

Oleh itu, di sini kami kongsikan kata-kata hikmah semoga menjadi dorongan semua agar kita sentiasa tetap bersemangat untuk berubah menjadi yang terbaik dalam hidup kita!

 

8 KATA-KATA HIKMAH YANG DAPAT TRANSFORMASI HIDUP ANDA

 

1. Perkataan adalah ‘Berkuasa’, Gunakanlah ia Dengan Bijak

 

Kata-kata kita boleh menjadi suatu ‘penyembuh’ jika digunakan dengan sebaiknya. Andai kita selalu menyebut perkataan yang membuatkan orang lain berasa kurang nyaman, ia boleh bertukar menjadi sebuah ‘penyakit’.

Kerana kata-kata yang ‘berbisa’ yang keluar daripada mulut kita itu menjadi asbab orang lain akan berjauhan dengan kita. Jadilah seseorang yang dapat menyembuhkan orang lain walaupun hanya melalui kata-kata yang kita ucapkan.

 

2. Manusia Akan Datang Dan Pergi Dalam Kehidupan Ini, Tetapi Yang Tepat Akan Selalu Bersama Dengan Kita

 

Lumrah kehidupan, manusia akan datang dan pergi sesuai dengan keperluan serta peranan mereka untuk membantu kita melonjakkan level diri dalam setiap kehidupan yang kita tempuhi.

Biarpun siapa mereka, mereka tetaplah orang-orang yang juga penting dalam hidup kita. Tanpa mereka kita mungkin kurang memahami pelajaran-pelajaran penting yang Tuhan mahu berikan dalam kehidupan ini.

 

3. Anda Sudah Pun Melakukan Yang Terbaik Walaupun Masih Berasa Kekurangannya

 

Kita sebenarnya sudah pun melakukan yang terbaik sesuai dengan kemampuan dan kefahaman kita ketika itu. Namun, kita mungkin masih berasa kurang baik tentang apa yang sudah kita buat.

Janganlah terlalu menekan diri sendiri. Belajar untuk menikmati setiap peringkat dalam kehidupan yang kita sedang jalani ini. Berikan ruang dan peluang untuk diri kita mencuba sekali lagi pada masa akan datang.

 

4. Kegagalan Adalah Apabila Anda Gagal Mencuba

 

Di dunia ini kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan hidup, pasti ada namanya kemenangan dan kegagalan.

Namun, kita terlalu takut dengan namanya ‘Kegagalan’ lalu terus kita berputus asa tanpa cuba melakukan apa-apa, tanpa berani mencubanya terlebih dahulu.

Jangan begitu, kita masih punya harapan jika kita betul-betul benarkan diri kita untuk mencubanya. Berikanlah peluang itu kepada diri sendiri.

 

5. Melakukan Perbuatan Baik Tanpa Memilih-Milih ‘Bulu’

 

Lakukanlah kebaikan tanpa melihat sesuatu kepentingan peribadi yang seseorang itu berikan dalam kehidupan kita.

Misalnya, kita tetaplah melayani seorang pekerja restoran, atau buruh kasar dan tidak memandang rendah terhadap mereka atau mengambil kira status sosial mereka.

Kerana di dalam diri kita ini ada percikkan Sifat Ketuhanan yang bersifat ar-Rahim iaitu yang Maha Penyayang buat sekalian makhluknya. Layanilah mereka dengan belas kasihan walau siapa pun mereka.

 

6. Hidup Adalah Untuk Masa Sekarang, Bukan Untuk Hari Esok

 

Mungkin kita pernah menjadi ‘Overthinking’ tentang sesuatu perkara sehingga apa yang dikerjakan tidak mendapatkan hasil yang memuaskan. Kita perlu belajar untuk menikmati masa sekarang yang sedang kita lalui.

Misalnya, jika kita sedang minum kopi, nikmatilah kopi itu…nikmatilah aroma kopi itu…nikmatilah keharuman baunya dan hiruplah tanpa sebarang gangguan gadget yang berada ditangan kita.

 

7. Jangan Pandang Ke Belakang Lagi, Tiada Apa Lagi Untuk Anda Disana

 

Masa yang berlalu biarlah berlalu, tiada apa lagi yang perlu difikirkan. Biarkan ia menjadi kenangan yang tersimpul kemas di dalam hati. Usah biarkan masa lalu anda yang negatif itu menghantui hidup anda saat ini.

Dan membuatkan anda menjadi sedih yang boleh menganggu perjalanan kehidupan anda ketika ini. Ambil lah ibrah serta pengajarannya untuk kebaikan dalam kehidupan anda sekarang.

 

8. Berfikir Secara Berlebihan ‘Membunuh’ Kebahagiaan Anda

 

Tanpa kita sedar, berfikir terlalu berlebihan boleh menjuruskan diri kita untuk berasa teruk dan mengerikan, dan itu boleh merosakkan proses kebahagiaan diri anda sendiri.

Ketika kita menghabiskan seluruh waktu kita untuk mengkhuatirkan hal-hal yang ‘Terjadi Kepada Kita’, Kita telah pun mengabaikan kehidupan diri sendiri dan orang lain dalam hidup kita.

Misalnya, waktu yang kita habiskan untuk mengkhuatirkan : Apakah semua orang masih mahu berteman dengan saya? Waktu itu sebenarnya boleh digantikan untuk upgrade diri kita sendiri untuk menjadi seseorang teman yang lebih baik.

 

Anda Tidak Akan Terlalu Lambat Untuk Transformasi Hidup Anda Sendiri!

 

Kesimpulannya, hidup kita di dunia ini tidak mampu menjanjikan satu jaminan yang kekal kerana apa yang kita mampu usahakan hanyalah peluang, percubaan dan cabaran untuk kita membina satu kehidupan yang terjamin dan yang kekal abadi apabila kita kembali semula kepada Ilahi. Maka, dengan hanya transformasi hidup kita di dunia ini kepada yang lebih baik maka pengakhiran hidup kita juga pasti akan terjamin.

 

InshaaAllah…Segala perkongsian ini dapat kita hadamkan dan manfaatkan bersama-sama dengan izin Allah jua.

 

Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini:https://t.me/drazuraofficial
Wallahu’alam

Lahawlawala quwwata illa billah.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Social Media

Get The Latest Updates

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.
Jom baca lagi...

Artikel Berkaitan

Shopping Cart