Kata-kata boleh menjadi punca stress buat sebahagian orang. Ini kerana stress adalah tindak balas emosi, mental dan fizikal.
Stres adalah tindak balas emosi, mental dan fizikal disebabkan oleh perubahan dalam suatu situasi yang berlaku dalam kehidupan harian manusia.
Stres merangkumi tekanan, beban, kebimbangan, keletihan, konflik, panik dan kemurungan. Secara umumnya, stres terbahagi kepada stres jangka pendek dan stres jangka panjang.
1. Saya nak berjaya macam dia
‘We are on our own timeline’. Allah memberikan rezeki kepada kita tepat pada masa nya kerana Allah Maha Mengetahui segalanya. Cukup kita menjadikan seseorang itu sebagai inspirasi untuk kita buat yang terbaik dalam kehidupan kita.
2. Saya boleh buat semua benda
Setiap manusia ada kemampuan yang tersendiri. Tidak salah untuk bekerja keras untuk mencapai sesuatu tetapi perlu ingat, perasaan penat itu adalah normal dalam diri setiap manusia.
Apabila perasaan itu datang, ambillah peluang dan masa untuk berehat. Kerana perasaan tenang itu akan menjadi motivasi untuk anda terus melangkah maju.
3. Saya tidak buat yang terbaik
Jangan masukkan perkataan putus asa di dalam minda kita kerana ianya boleh menjadi punca stress. Jadikan kegagalan yang dilalui itu sebagai satu pengajaran supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kita hanya berusaha untuk buat yang terbaik tetapi Allah jugalah yang memberikan segalanya.
“Stress should be a powerful driving force, not an obstacle.”
―Bill Phillips
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim