Kebiasaan yang baik adalah habit yang dapat menjadikan diri baik setiap hari dan ianya dapat mengubah perspektif orang kepada diri sendiri.
Sikap dan perlakuan kita akan menunjukkan personaliti kita.
Mengubah diri untuk menjadi semakin baik setiap hari akan mengubah perspektif orang lain terhadap kita juga secara tidak langsung.
Ada 3 masa di dalam hidup ini iaitu semalam, sekarang dan masa depan. Hari ini saya fokuskan untuk masa depan.
Ketiga-tiga ini perlu diambil berat untuk menjadikan kita khalifah yang hebat di bumi Allah ini. In shaa Allah
Cipta 3 kebiasaan ini dalam diri anda supaya anda menjadi bahagia dan semangat luar biasa. In shaa Allah
3 Kebiasaan Yang Baik Untuk Diri Anda
1. Kebiasaan makan makanan sihat
Makanan yang sihat amat penting dalam membentuk badan dan minda yang sihat. Bukan itu sahaja, badan yang cergas dapat memudahkan diri untuk melaksanakan tugasan harian.
Makananmu adalah akaun bankmu. Pilihan makanan yang baik adalah investasi yang baik – Bethenny Frankel
2. Kebiasaan menabung
“Sikit-sikit lama-lama jadi bukit”. Perumpamaan ini seringkali kita dengar yang jelas membawa makna betapa pentingnya menyimpan secara konsisten agar simpanan tersebut dapat digunakan pada suatu hari nanti apabila memerlukan.
3. Kebiasaan memilih untuk bahagia
Bahagia amat penting kerana ketika seseorang itu ingin bahagia maka dia harus memiliki tekad dan azam untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Semoga Bermanfaat
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤️
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
?? https://t.me/drazuraofficial