Kekal segar sepanjang hari.
4 Tips Untuk Diri Kekal Segar Sepanjang Hari
Kita sedia maklum bahawa dunia dewasa telah menyebabkan kita semua terjebak dalam kesibukan duniawi sehingga tiada masa untuk diri kita. Entah bagaimana akhirnya kita lalui saja hari tersebut dalam keadaan yang tidak bermaya.
Oleh itu, disini terdapat 4 tips untuk kita kekal segar sepanjang hari:
1. Mandi pada waktu pagi ?
Mandi pada waktu pagi dapat menyegarkan diri kerana ianya dapat menurunkan suhu badan kita serta merangsang tubuh badan kita untuk terjaga dan jadi lebih peka, yang menyebabkan kita rasa bertenaga. Selain itu, mandi pada awal pagi bantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita.
2. Solat atau bermeditasi ?
Solat adalah tuntutan dan suruhan tuhan serta ianya merupakan hadiah kepada umat islam. Solat merupakan salah satu cara untuk kita rehat sekejap daripada minda dan hatinya daripada urusan keduniaan. Nikmat kerehatan yang tak terhingga jika kita merancang urusan dunia dalam lingkungan waktu solat.
Selain itu, untuk meditasi adalah untuk bantu mengurangkan stress, bantu tingkatkan konsentrasi serta tingkatkan kesedaran diri. Mediatasi juga bantu kita untuk latih minda kita daripada perkara negatif serta menggantikannya dengan perkara yang positif.
3. Bersenam⛹️
Kadangkala ada hari atau waktu, kita akan rasa sangat letih terutamanya setelah melaksanakan sesuatu tugasan. Daripada kita terus berbaring, lebih baik kita bersenam seperti lakukan berjalan dengan cepat atau bersiar-siar di luar, di mana ia merupakan cara yang terbaik untuk menggerakkan badan kita dan recharge diri.
Tambahan pula, bersenam di luar dengan udara yang segar dan sinar matahari dapat meningkatkan endorphin dalam tubub badan kita yang bantu meningkatkan imuniti, membina mood yang baik serta metabolisma.
“Some old-fashioned things like fresh air? and sunshine ? are hard to beat because its help us to boost our mood and mind”—unknown.
4. Bersarapan ?
Sarapan amat penting untuk beri tubuh badan kita tenaga agar dapat berfungsi dengan baik. Sepatutnya hari kita dimulai dengan rasa penuh semangat dan bertenaga. Oleh itu, bersarapanlah dengan makanan yang sihat dan seimbang.
Untuk sarapan, amat digalakkan untuk ambil makanan yang berprotein dan bijirin penuh. Ini kerana protein dan bijirin penuh dapat meningkatkan keupayaan tubuh kita untuk penumpuan tinggi dan menjadi produktif.
“ A good breakfast fuels us up and get us ready for the day”–unknown
Disini hanyalah beberapa kaedah yang bantu untuk kita kekal bersemangat dan segar yang kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Yang paling penting ialah memastikan tubuh badan dalam keadaan baik. Tidak salah untuk berehat seketika, kerana ianya merupakan satu titik yang memberi kita peluang untuk bangkit semula dan kembali dalam keadaan bersemangat serta bertenaga.
“Every Moment is a fresh beginning?”—T.S Elliot.
Salam Sayang,
Dr Azura.❤️
Refresh yourself to gain new momentum.?
Link ke telegram
#notakehidupanDrAzura
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial