Kurang keyakinan diri biasanya berpunca daripada sikap ‘insecure’. Ia membuatkan seseorang itu kurang berkeyakinan, namun lebih teruk ia dikhuatiri mampu mendorong kepada masalah kemurungan atau depresi.
Jadi, mari kita kenali ciri-ciri individu yang mempunyai sikap ‘insecure’ untuk dijadikan sebagai panduan agar kita tidak sama terjebak dengan sikap tidak sihat ini.
• CENDERUNG MEMPENGARUHI ORANG LAIN
Orang yang ‘insecure’ akan membuat anda merasa perkara yang sama juga. Selepas bergaul dengan individu yang mempunyai ciri ini, anda juga akan merasa hilang semangat atau lebih teruk merasa tidak berguna.
• MERENDAHKAN ORANG LAIN
Tindakan ini dilakukan supaya mereka dapat membuktikan bahawa ada insan yang lebih buruk daripada mereka untuk menutup kelemahan diri sendiri.
• MUDAH TERSINGGUNG
Ini berlaku kerana individu seperti ini terlalu banyak mendengar pendapat orang lain. Orang yang ‘insecure’ biasanya terlalu sensitif dan mudah tersinggung, dan mereka akan terus memikirkan perkara berkenaan berulang kali.
• MAHU SEMUA ORANG MENYUKAI MEREKA
Disebabkan tidak mahu terpinggir, golongan ini cenderung untuk bersetuju dengan pendapat orang lain. Tanpa sedar, mereka akhirnya terperangkap dalam keputusan yang salah. Contohnya, apabila ada orang mencadangkan sesuatu produk, golongan ini akan terus bersetuju untuk menggunakannya tanpa memikirkan kesan sampingan.
• MENGAMBIL KESEMPATAN
Golongan ini juga cenderung mengambil kesempatan untuk mencurahkan luahan hati mengenai sikap ketidakyakinan mereka itu dan membuatkan orang sekeliling rasa terbeban dengannya.
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam Sayang,
Dr Azura Hashim
Jemput join ke channel telegram saya untuk info-info yang lebih menarik melalui link ini: https://t.me/drazuraofficial ?
Handwriting Personality dan Cara Mengenal Pembohong Melalui Tulisan Tangan
Handwriting personality atau analisis tulisan tangan ialah satu kaedah untuk mengenal pasti ciri-ciri dan sifat keperibadian seseorang melalui cara mereka menulis. Teknik ini membolehkan kita